27 January 2011

"Cukuplah Engkau bagiku"

Ya Rabbul Izzati….
Sungguh aku rindu..
pada cinta yang Kau curahkan tanpa batasan.. pada kasih yang Kau berikan tanpa mengharap balasan.. pada sayang yang Kau limpahkan tanpa mengira dosa2 yang telah aku canangkan di duniaMu.. pada nikmat yang Kau zahirkan dalam hidupku tanpa mengira masa dan ketika…
Ya Rabbul Izzati…
Sungguh aku ingin..
Bersama denganMu setiap saat dan waktu… berkongsi segala-galanya denganMu  tanpa ragu tanpa rahsia... berbicara denganMu tanpa hijab dan kesangsian.. mendekatiMu tanpa halangan dan alasan… mengingatiMu setiap detik seikhlas hati..  merinduiMu Ya Rabbi, pada setiap hembusan nafas, di segenap denyut nadi… dan.. MENCINTAIMU.. MENCINTAIMU… DAN MENCINTAIMU… dengan sepenuh hati… sepenuh jiwa dan raga Ya Allah.. sungguh aku ingin.….
Ya Rabbul Izzati….
Sungguh aku bersyukur..
Pada doa-doaku yang telah Kau makbulkan.. pada permintaanku yang tidak pernah Kau hampakan Ya Allah… pada hikmah yang telah Kau janjikan dan Kau kotakan setelah aku Kau uji Ya Habibi… pada ketenangan yang aku rasai di bawah lembayung rahmatMu Ya Rahim… sungguh Agung cintaMu Ya Tuhanku.. sungguh Agung cintaMu Ya Allah…. Sungguh aku bersyukur… sungguh aku bahagia…
Wahai Pemilik nyawaku….
Wahai Pemilik segalanya tentangku…
Terimalah cintaku Ya Allah…
Terimalah cintaku Ya Allah….
Terimalah cintaku Ya Allah…..
 Aku terlalu merinduiMu…
Terlalu…
Ku insafi Ya Ilahi…
Tiada apa pun di pentas ini yang abadi kumiliki…
Semuanya milikMu…
Betapa Engkau menyayangi aku Ya Allah….
 Ya Rabbi.. Ya Habibi.. Ya Ilahi…
Ku bahagia dalam redhaMu….
“cukuplah Engkau bagiku”…





25 January 2011

Adam diarak malaikat 100 tahun..


Pada suatu ketika, Allah swt menitahkan malaikat Jibrail ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, tetapi bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.. Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa mendengar sumpah bumi..
Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitahkan pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing2 kembali dengan hampa..
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: “Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan untuk mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimana pun, jangan engkau berundur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku”.
Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman : “ Ya Izrail, pertama engkau yang Kutugaskan untuk mengambil tanah, dan kelak kutugaskan engkau mencabut roh manusia”.
Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman : Tidak, mereka tidk akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, atau sakit.”

Tanah bagaimana dijadikan Adam?
1.        Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqadis
2.       Tanah Bukit Tursina
3.       Tanah Iraq
4.       Tanah Aden
5.       Tanah Al-Kautsar
6.       Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7.       Tanah Paris
8.       Tanah Khurasan
9.       Tanah (Babylon)
10.   Tanah India
11.      Tanah Syurga
12.    Tanah Tha’if


Kata Ibnu Abbas:
1.        Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis, kerana di situ terletaknya otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2.       Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana ia alat pendeng dan tempat menerima nasihat.
3.       Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4.       Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5.       Matanya dari tanah Telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6.       Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7.       Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8.       Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.       Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.   Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11.      Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.
12.    Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situlah letaknya iman, keyakinan, ilmu, dan kemahuan.
13.    Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Allah.

Bagaimanakah prosesnya..
1.        Ketika Allah swt menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai ‘sifat’.
2.       Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut”, kemudian diletakkan dalam “Alam Malakut”.
3.       Sesungguhnya tanah yang dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “ Barul Uluhiyah”.
4.       Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air “ Kudral-IzzahNya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5.       Demikian pula roh, ketika itu diperintahkan masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.


Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti kulit kita sekarang ini. Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Hal ini biasa kita lihat meskipun seseorang itu kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada 9 rongga ataupun liang. 7 buah liang di bahagian kepala dan 2 lagi di bahagian bawah badan.
Dijadikan pula 5 pancaindera iaitu mata, hidung, telinga, mulut dan anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan sebagai deria sentuh.
Selepas roh masuk ke tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam.
Selepas meresap ke kepala Adam maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya yang terus terbuka melirik ke kiri dan kanan. Dan juga melihat ke bawah dimana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.
Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta merta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah mengajarnya mengucapkan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.
Lalu Allah berkata : “Yarkhamukallah” yang ertinya : semoga kamu diberi rahmat Allah. Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.
Kemudian ketika roh sampai ke dadanya, tiba-tiba sahaja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih lag tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa(tidak sabar).
Maka ketika roh itu sampai ke perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu berasa lapar.
Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki, lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, kulit yang sempurna, semakin lama semakin bagus dan halus. Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dia adalah jenis makhluk yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama sehinggalah langit ke tujuh sebelum di bawa ke syurga tempat Adam mula-mula diciptakan.

09 January 2011

Subhanallah..


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: .'Mengapa aku melihat kau berubah muka?''..

Jawabnya: ''Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya...''..

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: ''Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.''..

Jawabnya: ''Ya.. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.''..

Nabi s.a.w. bertanya: ''Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?''..

Jawabnya: ''Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: ''Siapakah penduduk masing-masing pintu?''..

Jawab Jibrail:
''Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.''...

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ''Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?''..

Jawabnya: ''Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.''..

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.



The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...