25 January 2011

Adam diarak malaikat 100 tahun..


Pada suatu ketika, Allah swt menitahkan malaikat Jibrail ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, tetapi bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.. Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa mendengar sumpah bumi..
Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitahkan pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing2 kembali dengan hampa..
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: “Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan untuk mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimana pun, jangan engkau berundur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku”.
Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman : “ Ya Izrail, pertama engkau yang Kutugaskan untuk mengambil tanah, dan kelak kutugaskan engkau mencabut roh manusia”.
Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman : Tidak, mereka tidk akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, atau sakit.”

Tanah bagaimana dijadikan Adam?
1.        Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqadis
2.       Tanah Bukit Tursina
3.       Tanah Iraq
4.       Tanah Aden
5.       Tanah Al-Kautsar
6.       Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7.       Tanah Paris
8.       Tanah Khurasan
9.       Tanah (Babylon)
10.   Tanah India
11.      Tanah Syurga
12.    Tanah Tha’if


Kata Ibnu Abbas:
1.        Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis, kerana di situ terletaknya otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2.       Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana ia alat pendeng dan tempat menerima nasihat.
3.       Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4.       Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5.       Matanya dari tanah Telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6.       Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7.       Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8.       Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.       Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.   Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11.      Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.
12.    Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situlah letaknya iman, keyakinan, ilmu, dan kemahuan.
13.    Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Allah.

Bagaimanakah prosesnya..
1.        Ketika Allah swt menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai ‘sifat’.
2.       Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut”, kemudian diletakkan dalam “Alam Malakut”.
3.       Sesungguhnya tanah yang dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “ Barul Uluhiyah”.
4.       Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air “ Kudral-IzzahNya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5.       Demikian pula roh, ketika itu diperintahkan masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.


Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti kulit kita sekarang ini. Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Hal ini biasa kita lihat meskipun seseorang itu kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada 9 rongga ataupun liang. 7 buah liang di bahagian kepala dan 2 lagi di bahagian bawah badan.
Dijadikan pula 5 pancaindera iaitu mata, hidung, telinga, mulut dan anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan sebagai deria sentuh.
Selepas roh masuk ke tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam.
Selepas meresap ke kepala Adam maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya yang terus terbuka melirik ke kiri dan kanan. Dan juga melihat ke bawah dimana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.
Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta merta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah mengajarnya mengucapkan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.
Lalu Allah berkata : “Yarkhamukallah” yang ertinya : semoga kamu diberi rahmat Allah. Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.
Kemudian ketika roh sampai ke dadanya, tiba-tiba sahaja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih lag tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa(tidak sabar).
Maka ketika roh itu sampai ke perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu berasa lapar.
Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki, lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, kulit yang sempurna, semakin lama semakin bagus dan halus. Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dia adalah jenis makhluk yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama sehinggalah langit ke tujuh sebelum di bawa ke syurga tempat Adam mula-mula diciptakan.

No comments:

Post a Comment

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...