23 February 2011

'sesuatu..'

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..
masih diberi kesempatan untuk mengucap kata-kata cinta terhadap kekasih yang satu yakni Allah swt dan Nabi junjungan mulia, Nabi Muhammad saw..
sungguh aku berbangga mempunyai idola yang sangat dicintai Allah..
sungguh aku bahagia.. hidup di dalam rahmat dan redha Allah kerana menjalani cara hidup berlandaskan apa  yang diajarkan oleh baginda Rasulullah…
Hebatlah orang-orang yang besar kecintaannya terhadap Allah dan Rasul.. MasyaAllah… JJJ
Pagi ini, menjengah saja keluar jendela, hati terkesima mendengar kicauan burung yang menyanyikan lagu-lagu riang.. mungkin gembira hari sudah cerah kembali untuk mereka menyambung tradisi hari-hari iaitu keluar mencari rezeki.. aku berfikir… dalam bingit kicauan itu, mereka juga berzikir kepada Allah… bersyukur  atas segala nikmat yang dikurniakan olehNya..
Sedangkan Aku..?
Kualihkan pula pandangan ke arah pepohon merimbun yang tumbuh menghijau di bumi Allah… tenang… kelihatan ada tunas-tunas baru yang ingin tumbuh, menumpang tinggal di dunia fana ini..
ada pohon yang tinggi berdaun hijau kekuningan, ada pula yang rendang berdaun lebar, dibawahnya ada pohon yang seingatku baru saja belajar berbunga.. merah warnanya.. J indah…
kadang-kadang kurasa pepohon juga nakal.. pernah hati ini tercuit melihat pohon yang tumbuh senget, tidak seperti biasa.. tapi tetap subur dan berbuah..
ada pohon yang renek dan rendang tetapi satu dahan menjalar keluar dari rimbunan dedaun lain.. lagaknya seperti manusia yang sesat jalan..lain daripada orang lain..
ada juga pohon yang putiknya banyak, tapi yang menjadi buah hanya beberapa biji..
di tepi-tepi jalan, pernah kulihat pepohon yang daunnya terbalik.. hijau pudarnya di atas.. melingkup ke bawah..
ada pohon yang tinggi,  bila ku dongak untuk melihat pucuknya, aku pula yang hampir tumbang ke belakang…
oooh pokok.. aku tergelak kecil dengan mainan fikiranku sendiri.. :D
aku sayang semua pohon…
semoga kasih sayang ini sampai kepadamu…insyaAllah…
J Alhamdulillah.. merenungi kejadian alam ciptaan Allah sememangnya meninggalkan kesan yang berbeza-beza..  dapat melahirkan satu perasaan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata..
Yang pasti.. terbitnya rasa ketenangan dan kesyukuran yang tinggi terhadap Yang Maha Pencipta..
Itulah lagak pepohon yang semuanya berlaku di atas kehendak Allah swt…
Begitu juga manusia…
Namun perbezaan yang jelas dan sangat ketara antara pepohon dan manusia adalah wujudnya pepohon memberi manfaat kepada segenap hidupan… tiada konspirasi, tidak ada pencabulan hak insan lain, tidak ada kerosakan dilakukan oleh ‘mereka’.. mereka juga taat kepada Allah..
ironinya.. wujudnya manusia membawa pulang dosa-dosa terhadap Sang Pencipta… bagaimana?
Tepuk dada tanyalah iman dalam hati..
Sedangkan sebelum lahir ke dunia kita telah berjanji untuk taat perintah Allah… untuk menjadi khalifah yang terbaik disisiNya..
Dan Aku?
Aku juga sebahagian daripada manusia-manusia yang nanti akan pulang..
 dan…
Membawa ‘sesuatu’…

21 February 2011

Mujahidah Solehah..

 Assalamualaikum Alya’…
Apa khabar puteri mama hari ni..?? J
Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah swt Alya’ sayang…
Alhamdulillah..
Hati mama semakin tenang..
Memikirkan cara untuk menjadi yang terbaik untuk Alya’.. mama sedar bahawa semuanya bermula dari diri mama..
dulu mama hanya impikan Alya’ Insyirah.. mama harapkan Alya’ membesar menjadi seorang muslimah seindah nama yang mama dan papa berikan..
mama inginkan Alya’ menjadi seorang anak & wanita yang solehah yang jauh lebih baik dari mama sayang...
terlalu tinggi impian dan angan-angan mama, Alya’..
sampaikan mama lupa hakikatnya diri mama sekarang ini masih belum berusaha sepenuhnya untuk mencapai apa yang mama imaginasikan..
seteguh mana hati mama untuk tegar berjuang menjadi seindah nama mama sendiri sayang..
sungguh.. mama sedar hakikat itu..
Alya’ Insyirah...
zaman kita sangat berbeza sayang..
mama takut..
takut untuk melepaskan Alya’ bermain-main tanpa ada mama dan papa..
mama bimbang..
kalau-kalau mama terlepas pandang sesuatu tentang Alya’..
mama risau..
Alya’ membina persahabatan dengan teman yang salah..
Mama buntu..
Memikirkan semuanya di zaman Alya’ nanti..
Seandainya ketika mama bernafas sekarang ini pun, dunia sudah tua….
Manusia mula lupa pada Pencipta..
Zaman Alya’ nanti macam mana sayang..
Wallahu’alam..
Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Sejarah hidup, bolehlah dikenang-kenang.. tetapi masa depan belum tentu menjanjikan sesuatu yang pasti buat kita sayang..
Harapan mama..
Semoga mama diberikan kesempatan untuk bertemu Alya’..
Mama yakin Allah Maha Mendengar permintaan mama..
Salam kasih & sayang buat Alya’ Insyirah: mujahidah solehah mama & papa..
insyaAllah………








15 February 2011

"SHORT TERM MEMORY"

“Apa akak cakap tadi? Lupa dah.. Maaf, akak short term memory sket”…diiringi tawa sopan muslimah, sahabat-sahabat  yang sama-sama dalam perkongsian ilmu kali ini.. majlisnya ringkas tetapi meninggalkan bekas,, di HATI ini.. mungkin juga di hati adik-adik yang kusayangi yang turut mengorbankan secebis nikmat masa lapang yang dikurniakan Allah swt untuk berada di dalam majlis ilmu..
Moga Allah merahmati kita semua,insyaAllah..
Sungguh aku berbangga.. melihat adik2 yang masih muda, tapi jiwa mereka sangat hampir dengan Allah swt dan Nabi Muhammad saw.. lebih bangga lagi apabila menyaksikan jiwa-jiwa yang jauh dengan Allah swt, namun berusaha untuk kembali ke jalan Allah.. mencari kembali siapa diri mereka yang sebenarnya.. Subhanallah..
“adik-adik, pernah tak adik merasakan ‘sesuatu’ tatkala membaca ayat-ayat Allah?”
1 persoalan yang membuatkan hatiku bergetar.. pada masa yang sama, bait-bait lirik lagu nasyid yang dipasang sebentar tadi masih mengusik emosiku.. tidak terhitung dosa-dosa yang telah aku lakukan.. terasa sedikit berat mulutku untuk berbicara.. biarlah hati yang memahami dan Allah Yang Maha Mengetahui segala isinya..
Kulihat adik yang duduk bersebelahan denganku..
Fikirannya juga tidak di situ..
Kami saling berpandangan, penuh pengertian… mungkin dia dapat merasakan apa yang aku rasa….
Getaran ketika membaca ayat2 peringatan dari Allah swt..
“Pernah merasa,,, tapi tidak selalu..”
 itulah aku.. manusia yang jahil lagi lupa..
Sememangnya bukan mudah untuk mendidik hati,, dan terus istiqamah untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik… menjadi muslimah yang betul2 muslimah.. menjadi al-mar’atussolihah…
menjadi ratu yang benar-benar ratu..
Adakalanya dalam melaksanakan perubahan, diri kita tewas.. hati  selalu berbolak balik… mengajak kita kepada kemungkaran, kepada sifat2 mazmumah.. fikiran tidak dapat mengawal rasional perbuatan menurut apa yang tersemai subur di hati..
insyaAllah, ini semua merupakan ujian yang akan menguatkan lagi hati kita, juga satu peringatan supaya kita sentiasa mengingatkan diri sendiri, untuk kita lebih berhati-hati menempuh jalan yang kadang-kadang, tidak seindah biasa..
namun..
 amat indah bagi yang mengerti…
Di luar lamunanku, akak yang sejak mula lagi memang agak ramah orangnya, masih terus berceloteh.. satu persatu isi penting berkenaan topik  “Berinteraksi Dengan Al-Quran” dikupas dengan terperinci berserta beberapa analogi yang berkaitan bagi memudahkan kefahaman kami…
sesekali……..
“apa yang akak nak cakap tadi eh? Maaf terlupa lagi…”
 “Short term memory..” J
Aku sememangnya manusia yang tidak mampu menahan diri dari ketawa.. J
Cepat benar tercuit hati.. suasana riuh sebentar…
Sempat lagi bergurau senda…
 Suasana majlis perkongsian ilmu yang cukup santai sememangnya sengaja diwujudkan…
Biskut marie dan teh dari Sabah menjadi pengubat dan selingan bagi sahabat yang mengantuk.. termasuklah aku.. J
Alhamdulillah.. Allah memberikan ilham kepadanya untuk memberi peringatan kepada kami, khususnya diri ini yang masih dalam usaha mentarbiyah hati..
Hati yang adakalanya kuat dan kental, tapi adakalanya tewas juga…
Berada dalam majlis seperti ini..
Hatiku menghijau kembali..
Bagaikan satu peringatan dan teguran dari Allah… Alhamdulillah…
Teringat suatu ketika….
 satu majlis ilmu telah membuka jalan untuk dua insan supaya kembali menikmati keajaiban cinta sepenuhnya dari Allah.. Yang Maha Pencipta Cinta.. JJ
Kata seorang sahabat:
“…Cinta umpama hadiah.. Orang yang menerima hadiah semestinya akan gembira apabila mendapat hadiah daripada si pemberinya.. Namun, mana mungkin hadiah itu lebih dihargai dan dicintai lebih daripada si pemberi hadiah…??”
Begitulah perbandingan yang dapat kita faham dengan jelas..
 Cinta Allah adalah segala-galanya dalam hidup kita..
Syukur.. Alhamdulillah..
Masih diberi nikmat iman.. masih diberi kesempatan untuk memperbaiki iman yang rosak, merawat roh yang sakit disebabkan kekhilafan ketika jahiliahku..
Namun sampai bila lagi…?
Terasa diri begitu kerdil memikirkan hayat kita yang belum tentu sampai ke tua..
Ingatlah wahai hati…
Hati yang sering saja diuji.. sabarlah wahai hati..
Janji Allah itu benar…
Banyak yang dapat dipelajari sepanjang program pagi tadi.. ruang di surau di manfaatkan sepenuhnya untuk bersuara memandangkan ketika itu zon bebas dari kaum berlawanan jantina, iaitu muslimin..
 Nikmat berukhuwwah amat dirasakan walaupun ada diantara kami baru mengenali antara satu sama lain..
Namun itu langsung tidak membataskan interaksi..
Alhamdulillah..
Makin bertambah teman seperjalanan..
Kata akak..
“masa di university ni la kita nak betul2 didik dan membentuk diri kita dik…”
Aku dapat merasakan sedikit getaran dihatinya tatkala menuturkan sebaris ayat tersebut..
“nanti bila dah keluar dari U, susah dah dik, kita nak berkumpul sama-sama macam ni.. tarbiyahkan hati kita… usrah ni penting sebagai penguat kita…”
“Syurga Allah itu indah……”
Hatiku menangis…
Terlalu besar impian kami Ya Allah…
Sedangkan baru sedikit ujian menimpa, kami hadapi dengan pelbagai keluhan…
Siapalah kami jika hendak dibandingkan dengan para sahabat terdahulu..
Yang menerima berlipat kali ganda ujian dan penderitaan..
dibakar hidup-hidup sehingga tiada satu inci pun tubuhnya tidak melecur, ditindih dadanya dengan batu di bawah terik matahari, kehilangan harta benda dan kaum kerabat, hilang nyawa  serta pelbagai lagi ujian yang belum tentu kita pada hari ini mampu menjadi seperti mereka..
namun mereka tetap teguh mempertahankan kalimah “Laailaaha’illallaah..MuhammadurRasuulullah”..
sebagaimana kisah Sumayyah, seorang wanita biasa, yang tidak berilmu, yang pada ketika itu masih jahil, namun kerana berpegang teguh pada kalimah syahadah,,pada kalimah tauhid.. Sumayyah menjadi wanita pertama yang syahid fiisabiilillah.. Masya-Allah..
Tercetus satu persoalan…
Syurga adalah impian kita dan mereka…
Siapakah di antara kita dan mereka yang lebih layak memasuki syurga Allah jika kita tidak mampu setabah mereka dalam menghadapi ujian, tidak seteguh mereka dalam mempertahankan ad-din…
Sememangnya mereka telah dijanjikan syurga oleh Allah….
Sedangkan kita..
 belum lagi diuji sebesar itu…..
Wallahu’alam…












11 February 2011

"Ayu.."

9 tahun yang lalu…
“Mana fail sijil-sijil Ayu? Ayu simpan kat mana? Dari tadi lagi mak cari tak jumpa ni..”
Pertanyaan bertalu-talu ibu jelas didengar dari bilik air.. derapan air ke tubuh terasa hangat tidak seperti biasa.. mungkin kerana kehendak hatinya yang bertentangan dengan hasrat ibu dan ayahnya..  
“Ayu nak sekolah tu!!! Ayu tak nak pindah sekolah!! Nanti Ayu tak ada kawan kat sekolah baru!! Kawan-kawan baik Ayu semua kat sekolah Sultan Mansor mak… Ayu tak nak pindah mak!!
Tangisan seorang kanak-kanak berusia 12  tahun itu bagai tidak dapat dihentikan lagi.. terlalu sukar baginya menerima satu keputusan yang sangat bertentangan dengan kehendaknya.. lagaknya seperti budak tadika..
“Mana boleh macam tu Ayu, mak dah daftarkan dah.. lagipun ni semua untuk masa depan Ayu.. nanti kat sekolah agama tu macam-macam Ayu boleh belajar..  hari ahad ni Ayu akan berjumpa kawan-kawan baru.. kat Sekolah Menengah Agama Khairiah..”
Ayu terdiam.. Rajuknya semakin memanjang sampaikan berjam-jam dia menghabiskan masa di dalam bilik air.. macam-macam dilakukannya sebagai tanda protes.. seluruh bilik air dipenuhi buih-buih sabun hasil kerja tangan Ayu.. dicurahkan nila sehingga buih itu berwarna biru.. hatinya girang, tersenyum sendiri melihat hasil seni kreatif dirinya.. tidak cukup dengan itu,  diambil pula sebuah besen yang besar, diisinya air sehingga menjadi kolam…
Namun semua itu hanya mengundang lemparan senyuman dari ibunya yang tidak sedikitpun menunjukkan kemarahan.. mungkin geli hati melihat gelagat serta kerenah anak sulung kesayangannya itu.. montel dan manja..dia  faham benar dengan anaknya itu.. rajuknya tidak lama… J
“Ayu……!!! Jom makan.. Mak masak lauk kegemaran Ayu ni.. haaaa.. peha ayam ni untuk Ayu.. Ayu kena makan banyak, nanti cepat besar.. boleh masuk ‘U’.. panjang pula helah ibunya sambil sibuk menghidang makanan di meja makan..
“mak.. Ayu nak dua ayam bleh..??”
Senyum ibunya meleret.. strateginya berjaya..
……………………………………………………………………………………………………..
“Ayu, mak dah belikan kain pasang untuk buat baju raya Ayu.. Mak tengok warna dan coraknya cantik.. sesuai dengan Ayu..”
‘Waaah… lawanya.. pandai mak pilih..”
“yang pink ni lawa mak!!.. yang biru ngan kuning lembut tu pun cantik mak“
“Terima kasih mak “ J
“untuk mak mana?”
“Mak takpe la Yu.. yang penting anak-anak gembira.. mak boleh beli kemudian dengan ayah..”
Ayu cuma mendengar..
cuba menyembunyikan kilauan manik-manik air mata di kelopak matanya..
walaupun usianya baru mencecah belasan tahun, namun erti sebuah pengorbanan itu jauh meresap ke dalam hatinya.. cukup mendalam..
 jauh di dalam hatinya, terzahir rasa syukur kerana dianugerahkan seorang ayah, dan lebih istimewanya seorang ibu yang jiwanya penuh dengan kasih sayang… .
Ayu tersenyum penuh pengertian..
setibanya dia dari Asrama Puteri Sekolah Menengah Agama Khairiah disambut dengan pelukan ibunya yang sememangnya terlalu rindu dan kasihkan anak sulungnya itu..
…………………………………………………………………………………………………….
“Assalamualaikum, ni ibu kepada Nurul Jannah ke?”, sapa Puan Yusrim, guru mata pelajaran Malaysia University English Test(MUET) Tingkatan Enam Atas Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai..
“Ya saya, ada apa puan?”
“Jannah dimasukkan ke hospital kak, dia tak sedarkan diri sekarang, kena sengat tebuan kat sekolah tadi..”
Air mata seorang ibu pantas mengalir..
Dengan riak wajah yang cemas, spontan seluruh denyut nadinya berdetak lebih pantas berbanding biasa.. macam-macam bermain di fikirannya..
“Ya Allah, jadi anak saya di mana sekarang puan?”
Sekarang anak akak masih dalam unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sebenarnya tadi saya menghantarnya ke Klinik Kesihatan Bukit Payong, tapi keadaan Jannah agak teruk, mungkin kerana badannya lemah, lalu doctor di sana merujuk kes ni ke HSNZ.. Ambulans yang hantar tadi..”
“mari kak, kita ke hospital”
Hati seorang ibu…..
Deraian air matanya tidak henti-henti sehinggalah tiba di perkarangan hospital.
Langkahnya laju, matanya melilau mencari Ayu, anak kesayangannya..
TINGKAT 3 HSNZ, Unit Kecemasan..
Maaf puan, pesakit bernama Nurul Jannah telah dipindahkan ke wad biasa sebentar tadi.. Wad 8ef puan..”
Hayunan langkahnya terasa seperti mendahului gerak tubuhnya.. tidak sabar untuk melihat keadaan anaknya..
“Ayu!!, Ya Allah..
“ni ke Ayu anak mak….
“kenapa muka Ayu lain?”
Dipeluk erat anaknya itu dengan berhati-hati bagi mengelakkan wayar-wayar di tubuh Ayu tercabut..
Hati ibu mana yang tidak runtun melihat anak kesayangannya terlantar di katil hospital dengan raut wajah yang hampir sudah tidak dapat dikenali…
“puan, itu kesan daripada “honet sting”.. dan ubat yang kami suntik pada Nurul untuk mengelakkan bisa tebuan  daripada menyerang organ-organ penting tubuhnya.. kalau tidak disuntik, kemungkinan boleh membawa maut, kerana keadaan tubuhnya yang sangat lemah..”
“terima kasih doctor..”
2 HARI KEMUDIAN..
“Mak, takpe la mak nak balik pun, kesian kat mak kena tunggu Ayu.. dah la sejuk kat sini, Ayu tahu mak tak cukup tidur.. malam tadi mak dah jaga Ayu, malam ni mak balik la.. berehat kat rumah, Ayu dah sihat dah ni, Ayu boleh makan sendiri, ke tandas sendiri.. Ayu dah boleh jalan dah mak.. mak balik lah mak…”
“Ayu, biarlah mak jaga Ayu sampai Ayu sembuh sepenuhnya ye.. nanti boleh kita balik sama-sama..”
“Ayu kan anak mak.. mak risaukan Ayu..”
Macam- macam dalih diberikannya semata-mata kerana hendak menjaga Ayu di hospital..
Misinya berjaya lagi..
Kasih seorang ibu……
“Mak tidurlah atas katil ni dengan Ayu.. kesian kat mak tidur atas simen tu, sejuk mak..”
“Takpe la, Ayu tidur la, jangan risau pasal mak.. ni kan dah alas tikar..”
Air matanya tidak tertahan lagi…..
………………………………………………………………………………………………………
“Mak Ayu dapat masuk UM mak!!!!!!!!
Gadis berusia 20 tahun itu berlari mencari ibunya di dapur yang sedang sibuk berkemas.. dipeluk erat ibunya yang sememangnya sudah menitiskan air mata gembira mendengar khabar daripada Ayu..
“Tahniah Yu..”
“sejuk perut mak mengandungkan Ayu..”
“nanti bila dah berjaya, jangan lupa mak ye…”
Dalam hati…
“AYU TAKKAN LUPA MAK SAMPAI BILA-BILA……”
……………………………………………………………………………………………………
“Mak masak apa hari ni? Mesti special untuk Ayu kan? Hehehe…”
“duk Kuala Lumpur tu mak, tak puas la makan… Ayu rindu masakan mak.. air tangan mak..”
Wanita berusia 42tahun itu tersenyum.. mungkin terharu dengan kata-kata anak gadisnya yang baru saja tiba dari Kuala Lumpur sempena cuti semester pertama..
“ok, ari ni memang mak masak lauk kegemaran Ayu pun.. mak tengok Ayu dah kurus sikit.. nanti makan banyak-banyak tau..” J
…………………………………………………………………………………………………….
“mak rindu semua anak-anak mak… mak sayang semua anak-anak mak.. rasa macam nak masukkan balik dalam perut mak ni, mak nak kandungkan balik… mak nak jaga semua macam baby balik….”
Sebaris ayat yang membuatkan Ayu dan adik-adiknya menitiskan air mata…… hatinya terasa padat…
Mak…………..
Terima kasih Ya Allah……
…………………………………………………………………………………………………..

“sakitlah kaki mak ni.. tubuh pun dah cepat penat, rasa sengal sendi-sendi kat lutut mak ni..”
“cuba tengok kat bawah tu, kaki mak sembab.. Nampak macam bengkak kan?..”
“mak.. mak janganla buat kerja berat sangat.. kurangkan berjalan.. banyakkan berehat..”
Ayu bimbang..
Ibunya memang seorang yang tabah.. kuat bekerja..
Di rumah, ada saja kerja yang hendak dibuatnya..
Tanpa mengenal erti penat..
Masih ingin berkorban demi anak-anak yang teramat berharga bagi dirinya.. anak-anak yang dikandungkan, dilahirkan, disusukan, diasuh,dijaga dan dididik dengan penuh kasih sayang….
Sejauh manakah anak itu mampu mengenang jasa-jasa dan pengorbanan seorang ibu?
Sungguh…
Tidak terbalas...
********************************************************************************************
Dalam hati…
Sekiranya nanti aku bergelar seorang ibu… aku juga mahukan yang terbaik untuk anak-anakku..
permata hati amanah dari Allah..
tidak dapat kugambarkan perasaan itu.. Cuma naluri itu,, membuatkan aku bersemangat untuk menjadi manusia yang lebih baik…
Sungguh.. ku punya naluri seorang ibu…
Dan Ingin sekali aku merasakan apa yang dirasakan oleh ibuku..
Bagaimana penat lelah, perit pengorbanan itu bagaikan tidak terasa kerana melakukan sesuatu untuk insan yang kita kasihi dan cintai..
Ingin sekali kucurahkan kasih sayang yang melimpah di dalam hati ini kepada makhluk berjiwa bernama cahaya mata anugerah Allah…
Kasih sayang yang dihadiahkan oleh  Allah istimewa untuk seorang wanita, merangkap sebagai bakal ibu seperti aku.. insyaAllah…
Kerana ku mengerti..
Kerana kurasai..
Kerana kumemerhati..
Kerana aku adalah aku..
“Ayu..” 
Itulah aku..
Aku yang dulunya begitu….
Dan kini…….




                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

05 February 2011

"Syikin"

Bas terhenti di satu persimpangan yang tidak dapat ku pastikan di mana.. satu kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta yang sedang marak terbakar.. mungkin kejadian itu yang menarik perhatian pemandu bas transnasional bernombor pendaftaran WRM 2308 itu untuk berhenti.. suasana agak tragik.. pada fikiranku, mungkin masing-masing memikirkan nasib jiwa-jiwa yang menaiki kereta itu.. Masya-Allah.. dalam hati aku berdoa.. semoga pemandu dan penumpang di dalamnya terselamat..
Ku pandang ke kanan, Syikin masih tegar menjengah keluar dengan seribu harapan yang mungkin sama juga seperti aku.. dia yang baru ku kenali beberapa jam di dalam bas itu seorang yang agak suka bercakap.. aku mengiakan saja apa yang diperkatakannya,, cuba memberi reaksi yang terbaik agar dia tidak terasa hati denganku, walaupun ketika itu otakku tidak dapat berfungsi dengan baik kesan daripada ‘novomin’ yang kuambil untuk mengelakkan ‘travel sickness’ yang ku alami..
 Merupakan seorang pelajar tahun 1 di Universiti Islam Antarabangsa, bertudung labuh, berkaca mata sepertiku, itulah ciri-ciri yang dapat kugambarkan tentangnya.. bezanya waktu itu dia lebih banyak bercakap tentang dirinya sedangkan aku lebih banyak mendengar.. ubat yang ku makan hampir hilang kesannya membuatkan aku pening dan sebolehnya menahan diri daripada memuntahkan lava-lava bernutrien daripada perutku..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“nama akak Nurul Jannah..”
“ooo yeke kak?.. “
“bertambahlah koleksi rakan-rakan saya yang bernama serupa kak..”
“hmm saya ada ramai sangat kawan nama Nurul Jannah..”
“semuanya baik-baik macam akak..”
Terlalu cepat Syikin menilaiku.. namun,
Alhamdulillah.. satu doa untukku..
Perbualan kami agak rancak sehingga menyapa zaman kanak-kanakku yang sudah lebih sedekad kutinggalkan.. tanpa henti.. suaranya masih kedengaran, dan aku… ibarat baru tersedar dari lena di dalam sebuah gua yang kelam.. aku pening.. tapi kutahan demi menjaga hatinya.. dia memberi beberapa pendapat tentang pelbagai perkara.. semakin lama semakin bersemangat tanpa menyedari kata-katanya itu telah menyentuh sensitiviti banyak perkara dalam aspek kehidupan yang kurasakan perlu untuk aku sebagai individu perbetulkan.. persepsi.. cara pemikiran.. cara memberi teguran..
Hmmmmmm….…
 fikiranku kusut.. Cuba kubersangka baik dengannya walaupun banyak yang diperkatakannya bercanggah dengan pemikiranku.. pada pandanganku Syikin agak keras hati orangnya.. aku? kupujuk hati agar berdiam dan memberi respon sekadar yang perlu...
“ diriku juga tidak sempurna…”
Kucuba memujuk hati…
Banyak yang kami kongsikan.. sesekali cuba kuselitkan kata-kata tarbiyah dalam perbualan kami dengan harapan pertemuan yang seketika itu tidak sekadar terisi dengan perkongsian pengalaman, liku-liku kehidupan, tetapi juga hikmah dan peringatan yang sememangnya sentiasa perlu kepada setiap muslim amnya, khasnya kepada kami, kuntuman mawar berduri yang mekar di taman larangan namun terdedah dengan pelbagai ranjau dan musuh yang nyata mahupun tersembunyi…
Apa yang menarik tentang Syikin adalah dia di bidang yang sama denganku.. bezanya, dia mengambil kursus English Literature manakala aku Teaching English as a Second Language.. dan dia sangat menunjukkan minat untuk mengetahui kisah hidupku.. mungkin penat bercerita tentang dirinya..
Dan aku.. sangat berbangga kerana dia bertudung labuh.. semoga itu menjadi satu motivasi untukku.. tetapi caranya melontarkan kata-kata mengundang rasa kurang senang pada pemerhatianku.. mungkin kerana perbezaan pendapat dan personaliti..
Astaghfirullah.. kupujuk hati untuk terus bersangka baik… sabarlah wahai hati…… lemahnya aku selaku manusia.. namun ku cuba untuk tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk mengulangi kesilapan yang sama..
Positifnya….
Indahnya hidup ini, Allah menciptakan manusia ini dalam pelbagai rupa, pelbagai segalanya.. Subhanallah.. Maha Suci Allah… Segala puji bagiMu Tuhan semesta alam.. Alhamdulillah..
Lantas ku bawa mindaku berfikir…
DI KOLEJ…
“Saya bersimpati dengan akak… saya tumpang sedih untuk akak.. apa yang akak mahu lakukan itu memang tidak ada salahnya disisi agama.. mungkin Allah nak menguji akak dengan cara itu…..”
Nasi yang kumakan belum habis kukunyah.. emosiku terasa terhimpit.. mengenangkan cabaran muslimah seperti kami dalam bermujahadah di jalanNya..
Ironinya, kami bersyukur Ya Allah..
Ujian yang Engkau berikan merupakan 1 petanda bahawa diri kami sentiasa disayangi..
Air mataku bergenang.. cuba kutahan.. aku dapat merasakan apa di dalam hatinya..
Kucuba untuk berikan kekuatan kepadanya sebagaimana yang selalu dia lakukan kepadaku..
Terima kasih sahabatku ‘akak’…
Kudoakan dirimu terus tabah dalam menghadapi ujianNya.. kuatkanlah hati-hati kami Ya Allah..
Melayari kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan, ‘akak’ adalah salah seorang sahabat yang selalu bersamaku, mengingatkan ketika aku terlupa.. menasihati ketika aku alpa.. mentarbiyah taman hatiku yang baru sahaja mula menyubur dengan cintaNya.. Alhamdulillah.. tidak dilupakan ‘adik’ yang sejak dulu sentiasa bersamaku.. ketawa dan menangis bersamaku.. disaat hatiku sedang berbolak balik, dipegang erat tanganku di satu sudut di surau… tempat yang menjadi kebiasaan aku untuk bersunyi-sunyian tatkala hati ini kurasakan tersasar..
Terima kasih sahabatku ‘adik’…
Allahu’akbar.. lindungilah hati-hati kami Ya Allah……..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“akak.. Syikin ngantuk la kak.. Syikin tidur dulu ye..”
Lamunanku terhenti..
“ye Syikin tidur la.. nanti sampai akak kejutkan”
Perjalananku agak terisi dengan cerita-cerita Syikin..
Suasana kembali sunyi..
Di sebalik kegelapan malam, hujan renyai-renyai mula menyelimuti semua penumpang untuk terus lena diulit mimpi sehingga tiba ke destinasi…
Ada hikmahnya Allah pertemukan aku dengannya.. kupujuk hati sendiri agar tidak bersangka buruk dengan apa yang telah Allah aturkan..
“setiap manusia ada kelebihan dan keburukan..”
Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. insyaAllah..
“Alhamdulillah..”
“tidak Engkau jadikan sesuatu itu sia-sia”
Berakhirlah satu perjalanan yang kurasakan singkat, dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu yang mengambil masa lebih kurang 7 jam..
“beg besar akak mana?
“Ni jela yang akak bawak balik Syikin..” sambil menggalas beg berlogo Universiti Malaya dan sebuah beg bergambar kucing berwarna pink kesayanganku.. hanya itu yang kubawa pulang..
“Yeke? Hmm senangnya akak..”
J Mungkin dia juga belajar sesuatu daripada aku...
Aku melangkah keluar dari bas dengan penuh kesyukuran..
Perjalananku di dunia bukan terhenti di sini.. perjuanganku belum menemui noktah akhir..
Kulemparkan pandangan ke langit yang masih berbintang…
Sungguh aku bersyukur kerana masih diberi nikmat hidup.. masih mampu melihat indahnya ciptaanMu..
Subhanallah….
Sesungguhnya  aku masih berusaha untuk mendidik hatiku..
Sungguh sempurna perancanganMu Ya Allah..
Terima kasih teman seperjalananku, Syikin..
Terima kasih Ya Allah….
Kerana menjadikan aku seorang insan bernama Nurul Jannah…






                                                                                                                                                                                                 

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...