05 February 2011

"Syikin"

Bas terhenti di satu persimpangan yang tidak dapat ku pastikan di mana.. satu kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta yang sedang marak terbakar.. mungkin kejadian itu yang menarik perhatian pemandu bas transnasional bernombor pendaftaran WRM 2308 itu untuk berhenti.. suasana agak tragik.. pada fikiranku, mungkin masing-masing memikirkan nasib jiwa-jiwa yang menaiki kereta itu.. Masya-Allah.. dalam hati aku berdoa.. semoga pemandu dan penumpang di dalamnya terselamat..
Ku pandang ke kanan, Syikin masih tegar menjengah keluar dengan seribu harapan yang mungkin sama juga seperti aku.. dia yang baru ku kenali beberapa jam di dalam bas itu seorang yang agak suka bercakap.. aku mengiakan saja apa yang diperkatakannya,, cuba memberi reaksi yang terbaik agar dia tidak terasa hati denganku, walaupun ketika itu otakku tidak dapat berfungsi dengan baik kesan daripada ‘novomin’ yang kuambil untuk mengelakkan ‘travel sickness’ yang ku alami..
 Merupakan seorang pelajar tahun 1 di Universiti Islam Antarabangsa, bertudung labuh, berkaca mata sepertiku, itulah ciri-ciri yang dapat kugambarkan tentangnya.. bezanya waktu itu dia lebih banyak bercakap tentang dirinya sedangkan aku lebih banyak mendengar.. ubat yang ku makan hampir hilang kesannya membuatkan aku pening dan sebolehnya menahan diri daripada memuntahkan lava-lava bernutrien daripada perutku..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“nama akak Nurul Jannah..”
“ooo yeke kak?.. “
“bertambahlah koleksi rakan-rakan saya yang bernama serupa kak..”
“hmm saya ada ramai sangat kawan nama Nurul Jannah..”
“semuanya baik-baik macam akak..”
Terlalu cepat Syikin menilaiku.. namun,
Alhamdulillah.. satu doa untukku..
Perbualan kami agak rancak sehingga menyapa zaman kanak-kanakku yang sudah lebih sedekad kutinggalkan.. tanpa henti.. suaranya masih kedengaran, dan aku… ibarat baru tersedar dari lena di dalam sebuah gua yang kelam.. aku pening.. tapi kutahan demi menjaga hatinya.. dia memberi beberapa pendapat tentang pelbagai perkara.. semakin lama semakin bersemangat tanpa menyedari kata-katanya itu telah menyentuh sensitiviti banyak perkara dalam aspek kehidupan yang kurasakan perlu untuk aku sebagai individu perbetulkan.. persepsi.. cara pemikiran.. cara memberi teguran..
Hmmmmmm….…
 fikiranku kusut.. Cuba kubersangka baik dengannya walaupun banyak yang diperkatakannya bercanggah dengan pemikiranku.. pada pandanganku Syikin agak keras hati orangnya.. aku? kupujuk hati agar berdiam dan memberi respon sekadar yang perlu...
“ diriku juga tidak sempurna…”
Kucuba memujuk hati…
Banyak yang kami kongsikan.. sesekali cuba kuselitkan kata-kata tarbiyah dalam perbualan kami dengan harapan pertemuan yang seketika itu tidak sekadar terisi dengan perkongsian pengalaman, liku-liku kehidupan, tetapi juga hikmah dan peringatan yang sememangnya sentiasa perlu kepada setiap muslim amnya, khasnya kepada kami, kuntuman mawar berduri yang mekar di taman larangan namun terdedah dengan pelbagai ranjau dan musuh yang nyata mahupun tersembunyi…
Apa yang menarik tentang Syikin adalah dia di bidang yang sama denganku.. bezanya, dia mengambil kursus English Literature manakala aku Teaching English as a Second Language.. dan dia sangat menunjukkan minat untuk mengetahui kisah hidupku.. mungkin penat bercerita tentang dirinya..
Dan aku.. sangat berbangga kerana dia bertudung labuh.. semoga itu menjadi satu motivasi untukku.. tetapi caranya melontarkan kata-kata mengundang rasa kurang senang pada pemerhatianku.. mungkin kerana perbezaan pendapat dan personaliti..
Astaghfirullah.. kupujuk hati untuk terus bersangka baik… sabarlah wahai hati…… lemahnya aku selaku manusia.. namun ku cuba untuk tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk mengulangi kesilapan yang sama..
Positifnya….
Indahnya hidup ini, Allah menciptakan manusia ini dalam pelbagai rupa, pelbagai segalanya.. Subhanallah.. Maha Suci Allah… Segala puji bagiMu Tuhan semesta alam.. Alhamdulillah..
Lantas ku bawa mindaku berfikir…
DI KOLEJ…
“Saya bersimpati dengan akak… saya tumpang sedih untuk akak.. apa yang akak mahu lakukan itu memang tidak ada salahnya disisi agama.. mungkin Allah nak menguji akak dengan cara itu…..”
Nasi yang kumakan belum habis kukunyah.. emosiku terasa terhimpit.. mengenangkan cabaran muslimah seperti kami dalam bermujahadah di jalanNya..
Ironinya, kami bersyukur Ya Allah..
Ujian yang Engkau berikan merupakan 1 petanda bahawa diri kami sentiasa disayangi..
Air mataku bergenang.. cuba kutahan.. aku dapat merasakan apa di dalam hatinya..
Kucuba untuk berikan kekuatan kepadanya sebagaimana yang selalu dia lakukan kepadaku..
Terima kasih sahabatku ‘akak’…
Kudoakan dirimu terus tabah dalam menghadapi ujianNya.. kuatkanlah hati-hati kami Ya Allah..
Melayari kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan, ‘akak’ adalah salah seorang sahabat yang selalu bersamaku, mengingatkan ketika aku terlupa.. menasihati ketika aku alpa.. mentarbiyah taman hatiku yang baru sahaja mula menyubur dengan cintaNya.. Alhamdulillah.. tidak dilupakan ‘adik’ yang sejak dulu sentiasa bersamaku.. ketawa dan menangis bersamaku.. disaat hatiku sedang berbolak balik, dipegang erat tanganku di satu sudut di surau… tempat yang menjadi kebiasaan aku untuk bersunyi-sunyian tatkala hati ini kurasakan tersasar..
Terima kasih sahabatku ‘adik’…
Allahu’akbar.. lindungilah hati-hati kami Ya Allah……..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“akak.. Syikin ngantuk la kak.. Syikin tidur dulu ye..”
Lamunanku terhenti..
“ye Syikin tidur la.. nanti sampai akak kejutkan”
Perjalananku agak terisi dengan cerita-cerita Syikin..
Suasana kembali sunyi..
Di sebalik kegelapan malam, hujan renyai-renyai mula menyelimuti semua penumpang untuk terus lena diulit mimpi sehingga tiba ke destinasi…
Ada hikmahnya Allah pertemukan aku dengannya.. kupujuk hati sendiri agar tidak bersangka buruk dengan apa yang telah Allah aturkan..
“setiap manusia ada kelebihan dan keburukan..”
Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. insyaAllah..
“Alhamdulillah..”
“tidak Engkau jadikan sesuatu itu sia-sia”
Berakhirlah satu perjalanan yang kurasakan singkat, dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu yang mengambil masa lebih kurang 7 jam..
“beg besar akak mana?
“Ni jela yang akak bawak balik Syikin..” sambil menggalas beg berlogo Universiti Malaya dan sebuah beg bergambar kucing berwarna pink kesayanganku.. hanya itu yang kubawa pulang..
“Yeke? Hmm senangnya akak..”
J Mungkin dia juga belajar sesuatu daripada aku...
Aku melangkah keluar dari bas dengan penuh kesyukuran..
Perjalananku di dunia bukan terhenti di sini.. perjuanganku belum menemui noktah akhir..
Kulemparkan pandangan ke langit yang masih berbintang…
Sungguh aku bersyukur kerana masih diberi nikmat hidup.. masih mampu melihat indahnya ciptaanMu..
Subhanallah….
Sesungguhnya  aku masih berusaha untuk mendidik hatiku..
Sungguh sempurna perancanganMu Ya Allah..
Terima kasih teman seperjalananku, Syikin..
Terima kasih Ya Allah….
Kerana menjadikan aku seorang insan bernama Nurul Jannah…






                                                                                                                                                                                                 

No comments:

Post a Comment

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...