27 January 2011

"Cukuplah Engkau bagiku"

Ya Rabbul Izzati….
Sungguh aku rindu..
pada cinta yang Kau curahkan tanpa batasan.. pada kasih yang Kau berikan tanpa mengharap balasan.. pada sayang yang Kau limpahkan tanpa mengira dosa2 yang telah aku canangkan di duniaMu.. pada nikmat yang Kau zahirkan dalam hidupku tanpa mengira masa dan ketika…
Ya Rabbul Izzati…
Sungguh aku ingin..
Bersama denganMu setiap saat dan waktu… berkongsi segala-galanya denganMu  tanpa ragu tanpa rahsia... berbicara denganMu tanpa hijab dan kesangsian.. mendekatiMu tanpa halangan dan alasan… mengingatiMu setiap detik seikhlas hati..  merinduiMu Ya Rabbi, pada setiap hembusan nafas, di segenap denyut nadi… dan.. MENCINTAIMU.. MENCINTAIMU… DAN MENCINTAIMU… dengan sepenuh hati… sepenuh jiwa dan raga Ya Allah.. sungguh aku ingin.….
Ya Rabbul Izzati….
Sungguh aku bersyukur..
Pada doa-doaku yang telah Kau makbulkan.. pada permintaanku yang tidak pernah Kau hampakan Ya Allah… pada hikmah yang telah Kau janjikan dan Kau kotakan setelah aku Kau uji Ya Habibi… pada ketenangan yang aku rasai di bawah lembayung rahmatMu Ya Rahim… sungguh Agung cintaMu Ya Tuhanku.. sungguh Agung cintaMu Ya Allah…. Sungguh aku bersyukur… sungguh aku bahagia…
Wahai Pemilik nyawaku….
Wahai Pemilik segalanya tentangku…
Terimalah cintaku Ya Allah…
Terimalah cintaku Ya Allah….
Terimalah cintaku Ya Allah…..
 Aku terlalu merinduiMu…
Terlalu…
Ku insafi Ya Ilahi…
Tiada apa pun di pentas ini yang abadi kumiliki…
Semuanya milikMu…
Betapa Engkau menyayangi aku Ya Allah….
 Ya Rabbi.. Ya Habibi.. Ya Ilahi…
Ku bahagia dalam redhaMu….
“cukuplah Engkau bagiku”…





25 January 2011

Adam diarak malaikat 100 tahun..


Pada suatu ketika, Allah swt menitahkan malaikat Jibrail ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, tetapi bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.. Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa mendengar sumpah bumi..
Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitahkan pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing2 kembali dengan hampa..
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: “Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan untuk mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimana pun, jangan engkau berundur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku”.
Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman : “ Ya Izrail, pertama engkau yang Kutugaskan untuk mengambil tanah, dan kelak kutugaskan engkau mencabut roh manusia”.
Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman : Tidak, mereka tidk akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, atau sakit.”

Tanah bagaimana dijadikan Adam?
1.        Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqadis
2.       Tanah Bukit Tursina
3.       Tanah Iraq
4.       Tanah Aden
5.       Tanah Al-Kautsar
6.       Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7.       Tanah Paris
8.       Tanah Khurasan
9.       Tanah (Babylon)
10.   Tanah India
11.      Tanah Syurga
12.    Tanah Tha’if


Kata Ibnu Abbas:
1.        Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis, kerana di situ terletaknya otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2.       Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana ia alat pendeng dan tempat menerima nasihat.
3.       Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4.       Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5.       Matanya dari tanah Telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6.       Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7.       Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8.       Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.       Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.   Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11.      Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.
12.    Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situlah letaknya iman, keyakinan, ilmu, dan kemahuan.
13.    Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan berdoa kepada Allah.

Bagaimanakah prosesnya..
1.        Ketika Allah swt menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai ‘sifat’.
2.       Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut”, kemudian diletakkan dalam “Alam Malakut”.
3.       Sesungguhnya tanah yang dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “ Barul Uluhiyah”.
4.       Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air “ Kudral-IzzahNya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5.       Demikian pula roh, ketika itu diperintahkan masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.


Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti kulit kita sekarang ini. Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Hal ini biasa kita lihat meskipun seseorang itu kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada 9 rongga ataupun liang. 7 buah liang di bahagian kepala dan 2 lagi di bahagian bawah badan.
Dijadikan pula 5 pancaindera iaitu mata, hidung, telinga, mulut dan anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan sebagai deria sentuh.
Selepas roh masuk ke tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam.
Selepas meresap ke kepala Adam maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya yang terus terbuka melirik ke kiri dan kanan. Dan juga melihat ke bawah dimana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.
Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta merta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah mengajarnya mengucapkan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.
Lalu Allah berkata : “Yarkhamukallah” yang ertinya : semoga kamu diberi rahmat Allah. Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.
Kemudian ketika roh sampai ke dadanya, tiba-tiba sahaja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih lag tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa(tidak sabar).
Maka ketika roh itu sampai ke perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu berasa lapar.
Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki, lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, kulit yang sempurna, semakin lama semakin bagus dan halus. Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dia adalah jenis makhluk yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama sehinggalah langit ke tujuh sebelum di bawa ke syurga tempat Adam mula-mula diciptakan.

09 January 2011

Subhanallah..


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: .'Mengapa aku melihat kau berubah muka?''..

Jawabnya: ''Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya...''..

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: ''Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.''..

Jawabnya: ''Ya.. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.''..

Nabi s.a.w. bertanya: ''Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?''..

Jawabnya: ''Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: ''Siapakah penduduk masing-masing pintu?''..

Jawab Jibrail:
''Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.''...

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ''Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?''..

Jawabnya: ''Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.''..

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.



11 December 2010

I LOVE U SO MUCH!!

comelnye sayang.....



best friend eh??

letihnyer.... pnat kmas barang td..
esok nk balik kampung da..
sape nk ikot?

menguap ke gelak nih!? confius2...

ditelan mati mak, diluah mati bapak...
jap, bagi i masa utk brfikir k..

hensem x saye?
nk blik kampung nih..

trendy sgt la tu..
xheran pn.. i da ada husband tau.. lg kacak dr you.. anak 1 da pn.. jgn coba2..
nnti kna simbah asid bwu u tau..haa...

1: orang zaman skrg mmg trlalu mudah ketepikan agama kn wak? simbah asid la ape la..
2: tu la kan.. nsib bek kite ni kucing, alhamdulillah... hehe..
jom gi surau wak, kite tengok org brjemaah plak..

surau?? nk ikot nk ikot!!! kite kan same warna kulit.. bleh la, bleh la...
kte jalan same2 eh u all..

maak aaiii!!!! nk gi surau pn kena ikot warna kulit?? teruknye you...
we all yang kulit byk colour pn bley ape g surau, Allah tak pandang warna kulit la wak.. kan2?

wow.. cm tu jom la, kami pn nk ikot la.. kite g ramai2 ek..

hmm.... bestnye tdo.. mimpi upenye td..
tapi 2 la hakikatnya.. Allah mmg x pndg warna kulit.. jom pakat2 g surau.. byk pahala brjemaah, rugi if terlepas tau.. n surau bukan utk orang tertentu je, sesiapa saje yg muslim dijemput ke surau.. jemput la ye.. di samping berjemaah, bleh la kite berbai'ah.. bina ukhuwwah.. subhanallah, bsar ganjaranNya..
but.. instead of that values,
utk title kali ni, memang ditujukan khas kpd MEOW ksayangan..
rindunya kat Putih ngan Tam kat umah..
sememangnya saya adalah makhluk yang SANGAT3 sayangkan kucing..
walau mcm mna pun rupa dia, tengok je, saya dah rase sayang..
xkire yg tepi jalan ke, kat Putra ke,yg kat Dewan Makan ke, yg slalu lintas2 depan jemaah kat surau ke.. hahaha..
asalkan kucing, pasti tersentuh hati ni...
hm.....
p/s: sayangilah meOw..hehe..

04 December 2010

nak? mintalah...

Hadist riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah, apakah kami dapat melihat Tuhan kami pada hari kiamat? Rasulullah saw. bersabda: Apakah kalian terhalang melihat bulan di malam purnama? Para sahabat menjawab: Tidak, wahai Rasulullah. Rasulullah saw. bersabda: Apakah kalian terhalang melihat matahari yang tidak tertutup awan? Mereka menjawab: Tidak, wahai Rasulullah. Rasulullah saw. bersabda: Seperti itulah kalian akan melihat Allah. Barang siapa yang menyembah sesuatu, maka ia mengikuti sembahannya itu. Orang yang menyembah matahari mengikuti matahari, orang yang menyembah bulan mengikuti bulan, orang yang menyembah berhala mengikuti berhala. Tinggallah umat ini, termasuk di antaranya yang munafik. Kemudian Allah datang kepada mereka dalam bentuk selain bentuk-Nya yang mereka kenal, seraya berfirman: Akulah Tuhan kalian. Mereka (umat ini) berkata: Kami berlindung kepada Allah darimu. Ini adalah tempat kami, sampai Tuhan kami datang kepada kami. Apabila Tuhan datang, kami tentu mengenal-Nya. Lalu Allah Taala datang kepada mereka dalam bentuk-Nya yang telah mereka kenal. Allah berfirman: Akulah Tuhan kalian. Mereka pun berkata: Engkau Tuhan kami. Mereka mengikuti-Nya. Dan Allah membentangkan jembatan di atas neraka Jahanam. Aku (Rasulullah saw.) dan umatkulah yang pertama kali melintas. Pada saat itu, yang berbicara hanyalah para rasul. Doa para rasul saat itu adalah: Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah. Di dalam neraka Jahanam terdapat besi berkait seperti duri Sakdan (nama tumbuhan yang berduri besar di setiap sisinya). Pernahkah kalian melihat Sakdan? Para sahabat menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Rasulullah saw. melanjutkan: Besi berkait itu seperti duri Sakdan, tetapi hanya Allah yang tahu seberapa besarnya. Besi berkait itu merenggut manusia dengan amal-amal mereka. Di antara mereka ada orang yang beriman, maka tetaplah amalnya. Dan di antara mereka ada yang dapat melintas, hingga selamat. Setelah Allah selesai memberikan keputusan untuk para hamba dan dengan rahmat-Nya Dia ingin mengeluarkan orang-orang di antara ahli neraka yang Dia kehendaki, maka Dia memerintah para malaikat untuk mengeluarkan orang-orang yang tidak pernah menyekutukan Allah. Itulah orang-orang yang dikehendaki Allah untuk mendapatkan rahmat-Nya, yang mengucap: "Laa ilaaha illallah". Para malaikat mengenali mereka di neraka dengan adanya bekas sujud. Api neraka memakan tubuh anak keturunan Adam, kecuali bekas sujud. Allah melarang neraka memakan bekas sujud. Mereka dikeluarkan dari neraka, dalam keadaan hangus. Lalu mereka disiram dengan air kehidupan, sehingga mereka menjadi tumbuh seperti biji-bijian tumbuh dalam kandungan banjir (lumpur). Kemudian selesailah Allah Taala memberi keputusan di antara para hamba. Tinggal seorang lelaki yang menghadapkan wajahnya ke neraka. Dia adalah ahli surga yang terakhir masuk. Dia berkata: Ya Tuhanku, palingkanlah wajahku dari neraka, anginnya benar-benar menamparku dan nyala apinya membakarku. Dia terus memohon apa yang dibolehkan kepada Allah. Kemudian Allah Taala berfirman: Mungkin, jika Aku mengabulkan permintaanmu, engkau akan meminta yang lain. Orang itu menjawab: Aku tidak akan minta yang lain kepada-Mu. Maka ia pun berjanji kepada Allah. Lalu Allah memalingkan wajahnya dari neraka. Ketika ia telah menghadap dan melihat surga, ia pun diam tertegun, kemudian berkata: Ya Tuhanku, majukanlah aku ke pintu surga. Allah berkata: Bukankah engkau telah berjanji untuk tidak meminta kepada-Ku selain apa yang sudah Kuberikan, celaka engkau, hai anak-cucu Adam, ternyata engkau tidak menepati janji. Orang itu berkata: Ya Tuhanku! Dia memohon terus kepada Allah, hingga Allah berfirman kepadanya: Mungkin jika Aku memberimu apa yang engkau pinta, engkau akan meminta yang lain lagi. Orang itu berkata: Tidak, demi Keagungan-Mu. Dan ia berjanji lagi kepada Tuhannya. Lalu Allah mendekatkannya ke pintu surga. Setelah ia berdiri di ambang pintu surga, ternyata pintu surga terbuka lebar baginya, sehingga ia dapat melihat dengan jelas keindahan dan kesenangan yang ada di dalamnya. Dia pun diam tertegun. Kemudian berkata: Ya Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam surga. Allah Taala berfirman kepadanya: Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta selain apa yang telah Aku berikan? Celaka engkau, hai anak cucu Adam, betapa engkau tidak dapat menepati janji! Orang itu berkata: Ya Tuhanku, aku tidak ingin menjadi makhluk-Mu yang paling malang. Dia terus memohon kepada Allah, sehingga membuat Allah Taala tertawa (rida). Ketika Allah Taala tertawa Dia berfirman: Masuklah engkau ke surga. Setelah orang itu masuk surga, Allah berfirman kepadanya: Inginkanlah sesuatu! Orang itu meminta kepada Tuhannya, sampai Allah mengingatkannya tentang ini dan itu.

mencari kekuatan..

Assalamu'alaikum..
sekian lama tak menaip, tiba2 terlintas di fikiran pd teman yg dah lama dibiarkan sepi..
Alya'..
sebenarnya kdg2 timbul rse kagum bila menjengah ke blog2 sahabat2..
cantik.. :)
ku bandingkan dgn Alya'..
yg sememangnya masih baru lagi wujud di alam maya ini..
mungkin juga itu bukan alasannya,
tidak sepatutnya dijadikan sebab
tapi Alya'...
sungguh ku belum punyai byk msa utk menghiasmu sebaiknya..
maafkanku..
tp yang pasti, aku masih mencari kekuatan,
sedang mencari..
1 kekuatan utk berkongsi sesuatu yg trlalu sukar untuk diluahkan dgn kata-kata..
SUNGGUH..
TERLALU SUSAH..
hati bagai dihimpit-himpit..
sakit..
aku sedang berusaha Alya'..
harap kau mengerti..
blogku Alya'...


25 November 2010

Salam Imtihan...

Salam..
hm.. hari ni rasa cam nak berbahasa santai2 je.. Xnk bermadah sang pujangga sgt,, maklum la time2 exam ni.. otak pn dah full dgn segala mcm ilmu, dh berhimpit2 dh dlm otak ni.. bese la last mnit punye study.. hehe..
but it works!! Haha.. sometimes, last minit study pn agak efektif gk sbnarnye, sbb msa 2 la kte akan usaha jgk perah otak n kerah segala kudrat yg ada utk catch up everything rite..?? cume X bpe elok utk djdikan amalan la.. (jgn tiru aksi ini) hehe.. but it depends on individu 2 jgk..
mmg memenatkan otak n sluruh badan jgk.. sy ni hmpir tiap mse spnjg mgu exam ni kat libry je.. kdg2 xblik makan kt kolej pn, solat pn kat fac.. x ingat dunia r study, cewah… tp best la.. rasa cm suasana exam 2 ada la kn.. cm meriah jer, hehehe.. khusyuk study, 2 yg xrse nk blik 2.. if balik pn ptg la, rest jp, bersihkan diri smua.. kjar solat asar berjemaah kt surau..
tetibe mgu exam ni rse cm cergas sket plak.. haha ade plk cm2 kn.. tp btul la, asyik trkjar2 je.. almost tiap2 ari.. skjap kt bilik, kat surau, skjp kt lib, pastu g fac, xmsuk lg g dewan mkn, saho ke.. ah fong ker.. nk jgk..hehe..  n toilet 2 x yah ckp la kn.. klu xtrun at least 2kg lemak kt bdn nie xtau r nk ckp pe..
hm,, cbuk2 pn kna jgk spent time utk dri sndri kn, utk rumet2 sy yg comel2 2, kna jgk jga hati kwn kn.. J  kdg2 g makan same2 ke, cm 2 la.. ada balance la kn.. hmmm… I’m so tired rite now,, gonna stop typing.. last but not least, wishing u guys best of luck in da final exam n your future undertakings.. sama2 kita berusaha menjadi lebih lebih n lebih baik, insyaAllah…
~Man Jadda Wa Jada, Man Zar’a Hasoda~
Salam Imtihan! J Moga diberkati Allah.. Ameeen…

23 November 2010

For sOmeOne spEcial..

IT LOOKS LIKE HEAVEN TO SEE YOU WALK
TO SEE THE WAY YOU’RE MOVING ON
SOUNDS LIKE AN ANGEL WHEN YOU TALK
THE WORDS COME OUT LIKE A SONG
NEVER THOUGHT WHAT LOVE COULD DO INSIDE
THERE’S NO PLACE WHERE I CAN HIDE
IT FEELS LIKE HEAVEN, TO BE WITH YOU
WHEN YOU TREAT ME LIKE YOU DO
EVERY MINUTE OF THE DAY, JUST WITH YOU
I WANT TO STAY
THERE WILL BE NO END….
WE’VE GOT AN INTERESTING LOVE
SO PURE, DIVINE…….
WE’RE GONNA HAVE AN EVERLASTING LOVE
OUR LOVE, WILL LAST FOR ALL TIMES
I CAN DRAW A PICTURE JUST BY HEART
EVERY LINE OF YOUR FACE
YOU STOP ME DOING THAT
FROM THE START
ALL THE THINGS,I USE TO CHASE…..
EVERY MINUTE OF THE DAY
JUST WITH YOU,I WANT TO STAY
   ETERNALLY… MY MOTHER..



Satu peristiwa.. Kasih baginda..

Hadist riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Aku didatangi Buraq. Lalu aku menunggangnya sampai ke Baitulmakdis. Aku mengikatnya pada pintu mesjid yang biasa digunakan mengikat tunggangan oleh para nabi. Kemudian aku masuk ke mesjid dan mengerjakan shalat dua rakaat. Setelah aku keluar, Jibril datang membawa bejana berisi arak dan bejana berisi susu. Aku memilih susu, Jibril berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril membawaku naik ke langit. Ketika Jibril minta dibukakan, ada yang bertanya: Siapakah engkau? Dijawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa yang bersamamu? Jibril menjawab: Muhammad. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jawab Jibril: Ya, ia telah diutus. Lalu dibukakan bagi kami. Aku bertemu dengan Adam. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Kemudian aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril as. minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapakah engkau? Jawab Jibril: Jibril. Ditanya lagi: Siapakah yang bersamamu? Jawabnya: Muhammad. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jawabnya: Dia telah diutus. Pintu pun dibuka untuk kami. Aku bertemu dengan Isa bin Maryam as. dan Yahya bin Zakaria as. Mereka berdua menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Aku dibawa naik ke langit ketiga. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa engkau? Dijawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad saw. jawabnya. Ditanyakan: Dia telah diutus? Dia telah diutus, jawab Jibril. Pintu dibuka untuk kami. Aku bertemu Yusuf as. Ternyata ia telah dikaruniai sebagian keindahan. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Aku dibawa naik ke langit keempat. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa ini? Jibril menjawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad, jawab Jibril. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jibril menjawab: Dia telah diutus. Kami pun dibukakan. Ternyata di sana ada Nabi Idris as. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Allah Taala berfirman Kami mengangkatnya pada tempat (martabat) yang tinggi. Aku dibawa naik ke langit kelima. Jibril minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa? Dijawab: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Dijawab: Muhammad. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Dijawab: Dia telah diutus. Kami dibukakan. Di sana aku bertemu Nabi Harun as. Dia menyambutku dan mendoakanku dengan kebaikan. Aku dibawa naik ke langit keenam. Jibril as. minta dibukakan. Ada yang bertanya: Siapa ini? Jawabnya: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad, jawab Jibril. Ditanya: Apakah ia telah diutus? Jawabnya: Dia telah diutus. Kami dibukakan. Di sana ada Nabi Musa as. Dia menyambut dan mendoakanku dengan kebaikan. Jibril membawaku naik ke langit ketujuh. Jibril minta dibukakan. Lalu ada yang bertanya: Siapa ini? Jawabnya: Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Jawabnya: Muhammad. Ditanyakan: Apakah ia telah diutus? Jawabnya: Dia telah diutus. Kami dibukakan. Ternyata di sana aku bertemu Nabi Ibrahim as. sedang menyandarkan punggungnya pada Baitulmakmur. Ternyata setiap hari ada tujuh puluh ribu malaikat masuk ke Baitulmakmur dan tidak kembali lagi ke sana. Kemudian aku dibawa pergi ke Sidratulmuntaha yang dedaunannya seperti kuping-kuping gajah dan buahnya sebesar tempayan. Ketika atas perintah Allah, Sidratulmuntaha diselubungi berbagai macam keindahan, maka suasana menjadi berubah, sehingga tak seorang pun di antara makhluk Allah mampu melukiskan keindahannya. Lalu Allah memberikan wahyu kepadaku. Aku diwajibkan shalat lima puluh kali dalam sehari semalam. Tatkala turun dan bertemu Nabi saw. Musa as., ia bertanya: Apa yang telah difardukan Tuhanmu kepada umatmu? Aku menjawab: Shalat lima puluh kali. Dia berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, karena umatmu tidak akan kuat melaksanakannya. Aku pernah mencobanya pada Bani Israel. Aku pun kembali kepada Tuhanku dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan atas umatku. Lalu Allah mengurangi lima shalat dariku. Aku kembali kepada Nabi Musa as. dan aku katakan: Allah telah mengurangi lima waktu shalat dariku. Dia berkata: Umatmu masih tidak sanggup melaksanakan itu. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Tak henti-hentinya aku bolak-balik antara Tuhanku dan Nabi Musa as. sampai Allah berfirman: Hai Muhammad. Sesungguhnya kefarduannya adalah lima waktu shalat sehari semalam. Setiap shalat mempunyai nilai sepuluh. Dengan demikian, lima shalat sama dengan lima puluh shalat. Dan barang siapa yang berniat untuk kebaikan, tetapi tidak melaksanakannya, maka dicatat satu kebaikan baginya. Jika ia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya barang siapa yang berniat jahat, tetapi tidak melaksanakannya, maka tidak sesuatu pun dicatat. Kalau ia jadi mengerjakannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan. Aku turun hingga sampai kepada Nabi Musa as., lalu aku beritahukan padanya. Dia masih saja berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Aku menyahut: Aku telah bolak-balik kepada Tuhan, hingga aku merasa malu kepada-Nya..


21 November 2010

Ingin aku menjadi sebahagian drp itu..

-Hadist riwayat Ibnu Abbas ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Beberapa umat ditunjukkan kepadaku. Aku melihat seorang nabi bersama sekelompok kecil (tidak lebih dari sepuluh orang), ada lagi nabi yang disertai seorang atau dua orang dan ada pula nabi yang tidak disertai seorang pun. Tiba-tiba ditunjukkan padaku kelompok besar. Aku menyangka mereka adalah umatku. Tetapi lalu dijelaskan: Ini adalah Musa as. dan kaumnya. Lihatlah ke ufuk! Aku memandang ke sana, ternyata ada kelompok besar. Dijelaskan lagi kepadaku: Pandanglah ke ufuk yang lain. Ternyata ada juga kelompok besar. Dijelaskan padaku: Ini adalah umatmu. Di antara mereka ada tujuh puluh ribu masuk surga tanpa hisab dan siksa. Kemudian Rasulullah saw. bangkit dan masuk ke rumahnya. Para sahabat membicarakan siapa yang masuk surga tanpa hisab dan tanpa siksa. Sebagian berkata: Barangkali mereka adalah orang-orang yang selalu menyertai Rasulullah saw. Sebagian berkata: Mungkin mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam Islam dan tidak menyekutukan Allah. Mereka saling mengemukakan pendapat masing-masing. Ketika Rasulullah saw. saw. keluar lagi, beliau bertanya: Apa yang kalian bicarakan? Mereka memberitahu, lalu Rasulullah saw. bersabda: Mereka adalah orang-orang yang tidak menggunakan jimat/mantera tidak minta dibuatkan jimat, tidak meramalkan hal-hal buruk dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal. Ukasyah bin Mihshan berdiri dan berkata: Berdoalah kepada Allah semoga Dia berkenan menjadikanku termasuk di antara mereka. Rasulullah saw. bersabda: Engkau termasuk di antara mereka. Kemudian yang lain berdiri dan berkata: Berdoalah kepada Allah, semoga Dia berkenan menjadikanku bagian dari mereka. Rasulullah saw. bersabda: Engkau telah didahului Ukasyah

Hakikat bahagia..

Hm.. berbicara tentang bahagia, sesuatu yang menjadi harapan dan impian semua orang.. tiada sesiapa antara kita yang menjadikan penderitaan @ permasalahan @ tekanan hidup sebagai satu cita2.. semua orang inginkan kebahagiaan.. namun yang menjadi persoalan, sejauh mana seseorang itu berusaha untuk bahagia.. benar.. bahagia perlu dicari.. bahagia tidak datang sendiri.. malah sejauh mana kebahagiaan itu dinikmati juga bergantung kepada individu itu sendiri.. ada orang bahagia bila hidupnya tiada masalah, tetapi bunyinya agak mustahil kan.. semua orang punyai masalah sendiri..bagi saya sendiri, saya bahagia bila dilanda masalah... hmm... permulaan memang perit, tapi lama kelamaan, kadang-kadang tersenyum sendiri.. yes! Allah sayangkan saya.. Alhamdulillah.. pengalaman adalah guru yang terbaik buat kita.. seseorang yang tidak pernah merasa keperitan, tidak akan  merasai nikmat bahagia.. Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia.. pasti ada hikmahnya.. dugaan yang menimpa bakal memberikan kita satu kekuatan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. itulah hakikat bahagia.. seharusnya kita bersyukur apabila diuji.. bahkan itulah satu petanda bahawa diri kita disayangiNya.. insyaAllah.. bahagia itu adalah suatu ketenangan.. bahagia bukan sekadar satu impian, tetapi mampu direalisasikan.. dalam erti kata lain, kebahagiaan itu boleh dimiliki semua orang, dengan syarat mesti dengan usaha...Allah tidak hanya memandang kebaikan yang kita lakukan, tetapi juga sejauh mana kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu.. memang setiap yang berlaku ada hikmahnya.. tapi itu tidak bermakna kita perlu membiarkan kehidupan tanpa apa-apa pelaksanaan @ tanpa sebarang usaha.. do something.. cuba.. dan cuba lagi.. andai tersilap langkah, kaji kesilapan itu, cuba lagi.. jangan terlalu mudah berputus asa.. "Man jadda wa jada"! Sahabat, semua itu adalah asam garam kehidupan yang perlu kita lalui.. dan yang paling penting itu adalah satu anjakan ke lembah bahagia.. jangan pernah kita berputus asa dengan rahmatNya.. lagi penting buat kita, ingat pada Yang Maha Pencipta.. ingat pada yang satu.. insyaAllah jiwa akan tenang dengan mengingatiNya.. Hadapi semuanya dengan senyuman.. kembali padaNya, insyaAllah kebahagiaan menjadi milik kita.. :)

16 October 2010

Usah bertanya kpd kejahilan, ia akan menjawab..

Sebenarnya apakah yang membezakan pemikiran seseorang dengan seseorang yang lain dalam hidup ini? ya.. ia terletak pada sejauh mana seseorang itu berilmu pengetahuan.. orang yang mengetahui berbeza seluruh persepsinya berbanding orang yang tidak tahu.. itulah keajaiban ilmu, ia berupaya membuka dimensi yang tidak mungkin diteroka oleh orang jahil.. Namun apa yang menakutkan adalah bagi orang jahil, mereka tetap akan mencari jawapan.. dan terus bertanya untuk memecah persoalan tentang kehidupan.. Apakah yang menjawab dan siapakah yang akan memberikan mereka pedoman? Ketika itu, kejahilanlah yang menjawab.. yang pasti ia menunjuk ke arah kesesatan dan kegelapan yang tidak berpenghujung.. seperti 'black hole' yang menelan segala-galanya termasuk cahaya.. kejahilan tidak bisu, tetapi yang pasti akibatnya semua perbuatan menyimpang jauh daripada kebenaran... Jadi kesimpulannya, janganlah bertanya kepada kejahilan, kerana ia akan menjawab...

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...