Jika ditanya lagi sejauh mana cinta, kasih dan sayangnya diri ini terhadapmu.. "INFINITI".. Itu jawabku...
16 October 2010
Usah bertanya kpd kejahilan, ia akan menjawab..
Sebenarnya apakah yang membezakan pemikiran seseorang dengan seseorang yang lain dalam hidup ini? ya.. ia terletak pada sejauh mana seseorang itu berilmu pengetahuan.. orang yang mengetahui berbeza seluruh persepsinya berbanding orang yang tidak tahu.. itulah keajaiban ilmu, ia berupaya membuka dimensi yang tidak mungkin diteroka oleh orang jahil.. Namun apa yang menakutkan adalah bagi orang jahil, mereka tetap akan mencari jawapan.. dan terus bertanya untuk memecah persoalan tentang kehidupan.. Apakah yang menjawab dan siapakah yang akan memberikan mereka pedoman? Ketika itu, kejahilanlah yang menjawab.. yang pasti ia menunjuk ke arah kesesatan dan kegelapan yang tidak berpenghujung.. seperti 'black hole' yang menelan segala-galanya termasuk cahaya.. kejahilan tidak bisu, tetapi yang pasti akibatnya semua perbuatan menyimpang jauh daripada kebenaran... Jadi kesimpulannya, janganlah bertanya kepada kejahilan, kerana ia akan menjawab...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment