23 April 2011

"Cantik"

Assalamualaikum Alya’ Insyirah puteri kesayangan mama & papa…
Maafkan mama…
Kali ini lebih lama lagi mama tinggalkan Alya, tidak menjenguk Alya..
Apa yang sayang mama rasakan sepanjang ketiadaan mama agaknya ya?
Mungkin Alya’ rasa sunyi.. tercari-cari mana mama yang selalu usik-usik Alya’, belai Alya’ dengan penuh kasih sayang, mama yang selalu mencuba yang terbaik untuk memasak makanan yang berkhasiat untuk kita sekeluarga.. kan sayang? J

 mama yang selalu berinisiatif untuk mencari cara yang sebaiknya untuk mendidik Alya’ agar suatu hari nanti Alya akan menjadi khalifah yang terbaik disisiNya..
Sesungguhnya, Alya’ adalah amanah Allah kepada mama & papa..
tarbiyah buat diri ini...

mama ada ni sayang.. mama mengerti perasaan Alya’.. Alya’ kan anak mama.. 9bulan Alya’ di dalam tubuh mama, semestinya mama terlalu mengerti sayang….
itulah rindu namanya.. J
peneman Alya'..  :)
Alya suka meow kan?

hayati celoteh mama seterusnya..
moga ada kebaikan dapat Alya’ perolehi..
……………………………………………………………………………………………
Indahnya ciptaan Ilahi…
Cantik..

Sejuk mata memandang..

Manis dan manja… J

Megah dan berkeyakinan..

Tersendiri…

Bijak dan Berani…

suci dan bersih..
................................................................................................................................................................

bunga-bunga dunia.. J
bukan bunga-bunga ini yang ingin dijadikan bahan pertuturan..
bukan kriteria yang diberi menjadi bahan ukuran..
hakikat kehidupan,
kecantikan sering saja mengaburi pandangan hati dan akal fikiran..
jika kecantikan menjadi dambaan,
sungguh manusia terlalu tidak adil..
yang buruk rupa juga ciptaanNya..
namun disebalik wajah, pastinya ada kecantikan lain yang tidak Nampak dipandangan mata..
Sesungguhnya setiap yang diciptakanNya itu cantik..
Dan definisi cantik itu tidak dinilai hanya pada rupa..
Aku bersyukur dijadikanNya sebegini rupa.. Alhamdulillah..
Bak kata sahabatku minggu lepas,  “awak nak segan apa? Awak tak ada hidung ker?”
(Terkena aku sebijik disitu..)
Cukup ya Allah.. cukup..
Masih mampu melihat..
rabun?
Jika tidak kerana Allah,tidaklah aku mampu bercermin mata.. J
Bibir tidak seperti delima merekah?
No need! Perlukah??
Masih mampu melemparkan senyuman, sedekah free dan paling mudah..
Bersyukurlah..
Ada hidung, bisa bernafas.. dengan habuk2 dan serangga sekali disedut kadang2..
Sebab itulah Allah ciptakan bulu hidung, kan? Nampak simple! But,, nikmat yang adakalanya tidak kita sedar, apa lagi nak kita syukuri..
Terlalu banyak deskripsi cantik, tetapi untuk menilai kecantikan letaknya pada hati dan akal fikiran..
Yang pasti cantik bukan hanya pada rupa.. tetapi yang cantik selalu menjadi pilihan..
Kata sahabat lagi, “cantek2 pun nanti tua berkedut jugak, semua sama jer!”
Tuturnya sambil menulis lagi.. ketawa kecil..
Tegas sahabatku itu.. bagiku dia cantik.. haha
Itulah penilaian hatiku,bukan mataku nan empat ini..
Cantik dan handsome hanya sekadar istilah..
Dibezakan untuk kaum Adam dan Hawa..
Apa yang dimaksudkan adalah serupa..
Keindahan pada pandangan mata..
Minah: aku tengok dia tu cantik la, jeles aku!
Lijah: handsomenyer laki tu..
Limah: kalaulah aku bleh jadi lawa cam dia tu..
Kiah: ayunye dia tu, laki tengok mesti cair ni..
???
Nonsense #@$%!&*^#@!!
Begitu mudah mata dikaburi dengan kecantikan luaran..
Tiada salahnya merasa tertarik dan memuji..
Masalahnya hati itu..
jangan terlalu mudah tertipu dengan pandangan mata..
Setiap dari kita punyai kelebihan dan kekurangan..
Kelebihan untuk dikongsi, kekurangan untuk dilengkapi..
Hasilnya pasti lebih cantik..
Kerana disitu kita akan belajar untuk mensyukuri nikmat yang diberi..
Begitu juga dalam mencari kawan, sahabat, mahupun teman hidup..
Mereka-mereka ini pastinya cantik,lawa,hensem,segak dan yang sewaktu dengannya..
 “HANYA DI MATA KITA..”
Sesuatu untuk difikirkan..
Cantik juga merupakan satu ujian buat kita..
Apabila kita lulus ujian itu..
Itulah cantik yang sebenar-benar cantik..
Cantik yang secantik-cantik cantik..
ujian itu juga cantik..
disebaliknya ada hikmah..
maka berusahalah untuk lulus!
wallahu alam..
J J









No comments:

Post a Comment

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...