02 April 2011

"belalang.."

my princess… kenapa menangis?
Mama tak nak tengok air mata Alya’.. senyum untuk mama ya sayang…
lama mama tinggalkan Alya’.. Alya’ rindu mama? J
jangan bimbang sayang…
Alya’ Insyirah puteri kesayangan mama ni, sentiasa di hati mama..
Beginilah keadaannya bila kita menyayangi sesorang dalam hidup kita.. itu fitrah manusia…
indah hidup berkasih sayang..
Tapi Alya kena ingat satu hakikat sayang.. macam mana pun Alya’ sayangkan mama, Allah lebih sayangkan mama lebih dari kasih Alya’ kepada mama..
Begitu juga mama..
sejauh mana mama cinta dan kasihkan Alya’, mama tetap tidak mampu menandingi cinta Allah kepada Alya’..
Allah sayang kita Alya’ Insyirah.. Allah sayang kita.. dekatkanlah diri kita dengan Dia sayang..
Kalau bukan kerana Dia, kita tidak akan berjumpa… kita tidak akan mampu saling berkasih sayang di dunia milikNya ini sayang..
Mama ingin Alya’ kenal Allah…. kenal Allah sayang…. Cintakan Allah…
insyaAllah sayang…
Mama akan usahakan…
Mama akan berusaha untuk menanam kecintaan Alya’ kepada Allah lebih dari segala-galanya..
Jadilah hamba Allah yang benar-benar mengharapkan pertemuan denganNya ya Alya sayang…
Jangan nanti kita menyesal bila suatu hari, kita sudah tidak mampu untuk menyebut nama Allah lagi…
Cintailah  Allah sepenuh hati.…. Allah sentiasa ada untuk kita… sentiasa ada……
………………………………………………………………………………………………………
16 tahun yang lalu…
Kisah seorang budak TASKI.. (Taman Asuhan Kanak-kanak Islam)
Montel dan disenangi ramai kerana petah bercakap..
Memang menjadi rutin hariannya ke TASKI berjalan kaki seorang diri memandangkan jarak yang tidak jauh dari rumah..
Mengikut cerita ibu, budak montel itu sering menjadi buah mulut orang kampung kerana telatah dan kepetahannya berbicara..
Pergi dan pulangnya dia dari TASKI tidak pernah terlepas dari usikan makcik dan pakcik, jiran di sepanjang jalan.
Aku masih ingat lagi.. sebab itu aku.
………………………………………………………………………………………………………
Setibanya di rumah…..
“adik-adikku sayang rajinlah belajar….. cepat cepat cepat pergi ke sekolah….. jangan main-main guru mengajar….. jangan main-main guru mengajar… kalau adik main nanti guru marah……..bla bla bla…..”
Melodi yang sama diulang-ulang semakin kuat dan kuat lagi..
“sedapnya anak mak nyanyi…..”
“hahahahahahahahahahaha”…
Itulah yang budak itu (aku) harapkan, pujian dari ibuku. Nakal!
“hari ni ustazah bagi makan apa?”
“emmmmm….” Garu-garu kepala.. sambil melompat-lompat..
“mi goreng mak..” ketawa lagi.. kali ini lagi besar dia gelak...
“apa la yang kelakar sangat ni Ayu..” Tanya ibu.
“ustazah suruh makan sayur, banyak sangat2 ustazah letak sayur mak!.. “
“Ayu kutip-kutip letak tepi pinggan,tapi ustazah marah.. ustazah suruh Ayu makan gak sayur tu..”
“bagusnya anak mak makan sayur…J
“tak mak! Masa ustazah tak nampak, Ayu buang ikut tingkap belakang Ayu.. sayur tu semua jatuh atas ayam kat luar kelas, hahahahahahahaha…” Ayam yang makan sayur Ayu mak.. Bila ustazah intai, sayur tu dah tak ada, habis ayam makan..”
Ibu tersenyum sambil menyambung tugas hariannya ketika itu iaitu menenun songket.
Pening jugak melayan doraemon tu.. J
Itu adalah tugas sampingan ibu ketika itu sebagai penyambung warisan daripada nenek.
Kini tidak lagi.
…………………………………………………………………………………………………….
”besar nanti nak jadi apa?” Tanya Cik Ngah.
“JURURAWAT!” Jawab budak itu (aku) dengan yakin diikuti dengan hilai tawa..
“Besar nanti Ayu nak jadi apa?” Tanya Ayah Su.
“JURURAWAT!”  Jawab budak itu (aku) dengan yakin.
‘‘Besar nanti nak jadi apa ni?” Tanya jiran hujung jalan.
‘’JURURAWAT!” Jawab budak itu (aku) dengan memuncungkan bibir. Penat menjawab.

Orang kampung cuba menyakat.
Tetapi memang itulah jawapannya bila ditanya. JURURAWAT. J
……………………………………………………………………………………………………..
Bila demam…
“Ayu!!!!!!!!!!!!! Nak ke mana tu hah?! Mari sini mak nak suap ubat ni..”
“kejap mak, nak tangkap belalang 3 ekor.. nak buat main..”

Di belakang rumah rupanya. Kejar belalang dalam petak sawah yang penuh lalang.
“yela, nanti dah cukup 3 ekor, datang dekat mak ye.. makan ubat.. mak tunggu kat tangga ni!!!” laung mak sedikit memujuk..
Hampir sejam berlalu.
“Ayu!!!!!!!! Mai makan ubat ni…”
“mak, 5 ekor la mak!!... eh, 7 la mak!!”
Helah untuk mengelak makan ubat.
Ibu tersenyum.
Kesudahannya?
Berkejar keliling rumah dengan mak.hahaha
“Susah betul nak makan ubat,bila nak kebah demam tu?”
Marah-marah sayang… tangan menyuap ubat..
itulah mak..
…………………………………………………………………………………………………..
“jangan panjat pokok mangga tu, nanti jatuh!” berkali-kali mak melarang.
Bagiku,  aku pandai jaga diri. Confirm selamat.
Memang selamat turun dengan sebiji buah mangga.
“Jangan main pisau tu, nanti luka tangan tu baru tahu..” kebimbangan mak terserlah.
Aku?? Laalalala….. J J
Then…….
“Mak!!!! Sakiiiiit……. Darah mak……..” teresak-esak menangis..
Padan muka aku.
Naluri seorang ayah.
Tidak boleh melihat anaknya sakit.
Habis semua jenis ubat ayah keluarkan dari almari.
………………………………………………………………………………………………….
“Ayu duk rumah elok-elok dengan adik ye.. mak nak ke kedai kejap, beli barang dapur..”
“Ok mak!!” sambil berlari ke hulu ke hilir di dalam rumah kayu ketika itu.
Sekembalinya mak..
“mana pergi pisang mak setandan atas meja ni?” (bukan sesikat, setandan. (pisang kecik))
“Ayu makan dengan adik mak… J 
“abes…..”
Mak à Sabar  jelah..
……………………………………………………………………………………………………

Mengimbau kembali kenangan lalu..
Satu detik masa yang tidak mungkin kembali lagi..
Sungguh aku rindu..
Menjadi doraemon untuk ibuku lagi..
Bila difikir-fikir kembali,
Itu dulu!
Dan kini..
Apa kurangnya aku begini?
Sudah dewasa untuk faham situasi..
Bukan sekadar di U sebagai mahasiswi,
Tapi sebagai anak yang nanti akan berbakti..
Dan kini…
Menunggu saat menuai benih-benih pasti..
 sebuah impian antara realiti dan fantasi..
kerana aku bukan kanak-kanak lagi,
tapi belum bertongkat lagi..
yang pasti kenangan itu…
membawa aku ke gerbang dunia baru.
Belalang sudah semakin sukar untuk ku kejar..
Adakah aku semakin lupa?
Atau belalang yang berubah rupa?
Ataukah aku yang terlalu dewasa untuk mengejar belalang yang sekecil itu…
Yang pasti kenangan itu.. J





No comments:

Post a Comment

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...