27 April 2011

Suatu Hari Nanti..

“Mak! Kenapa mak letak benda tu untuk goreng ikan?”


“Ni minyak la Ayu.. “ jawab mak sambil memasukkan ikan ke dalam kuali.
Macam mana ikan tu boleh jadi macam tu? Kalau goreng ikan guna air mesti boleh kan mak? Macam mana mak boleh tahu ikan tu dah jadi sedap?
dah jadi sedap, hehe..
Hm.. soalan apa la yang aku Tanya.. J
Tetapi,sekali pun mak tidak pernah menghampakan aku.. setiap apa yang mulut murai kecil ini bertanya, mesti dijawabnya..
Masih ingat lagi aku ketika itu..
Fikiranku masih tidak boleh menerima bagaimana minyak yang menyerupai air itu boleh bertindak balas sehingga mengubah ikan segar menjadi garing dan sedap dimakan..
kenapa minyak tidak menyerap ke dalam tubuh ikan seperti air menyerap ke dalam kertas dan span.. aku pelik..
apa beza minyak dan air??
hairan betul aku..

Itu cerita 15 tahun yang lalu..
Bagaimana proses pembelajaran itu berlaku sehingga memasak itu sendiri menjadi satu hobi dan minat bagi diriku..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak..
Syukur Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, kerana mengurniakanku seorang ibu yang penyayang dan bertanggungjawab..
…………………………………………………………………………………………………
suatu hari nanti

Alya’ sayang mama…
Kaifa haaluki ya Qurratul ‘Aini..?
Banyakkan mengingati Allah ya sayang.. terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.. tetapi sedikit sekali kita bersyukur.. tapi, mama nak.. Alya jadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur.. boleh kan sayang?
Sebenarnya hati mama tersentuh melihat satu video..
Nak tahu video apa?
Semalam, Mama tengok video seorang budak lelaki yang masih kecil, mama agak mungkin usianya baru mencecah 3 atau 4 tahun, tetapi sudah pandai menghafal hadith-hadith ringkas..
Mama cemburu..
Pandainya ibu bapa dia mendidik..
Inilah sumber kekuatan kita Alya..
Satu motivasi untuk mama..
Mama ingin anak mama pun macam tu..

Nanti mama usahakan supaya Alya’ boleh hafal hadith-hadith Nabi kita ya sayang.. J
Mama akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Alya’..
papa juga begitu :)
Semoga semakin mendalam cinta kita sekeluarga terhadap Allah..
insyaAllah…
suatu hari nanti...
~USRATI JANNATI~
:) 




No comments:

Post a Comment

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...