26 March 2011

'The Road Not Taken'

Sayang mama… J
Dalam hidup kita ni, kita kena pandai berbudi pada orang.. bak kata atuk & nenek Alya, orang berbudi kita kena berbahasa..
pesan nenek yang tak pernah mama lupakan, kita sebagai perempuan kena pandai jaga diri, jaga kesantunan, jaga tatasusila.. kena beradab, kena tahu hormat dan beramah mesra dengan orang tua.. jangan bersikap kasar.. kekalkan kelembutan kita sebagai seorang perempuan ya sayang..
Kata nenek lagi, ke mana pun kita pergi, kena pandai bawa diri, selalu bermanis muka J dan jangan sombong dengan orang, selalu berendah diri dan bersederhana saja...
sebenarnya sayang, dulu mama pun selalu mengabaikan nasihat nenek..
mama tak faham..
tapi..
 bila mama dah mula belajar erti kehidupan, bila mama dah dewasa..
baru mama sedar betapa berharganya nasihat seorang ibu dan bapa kepada kita..
mungkin Alya masih tidak dapat memahami.. jangan bimbang sayang… mama takkan jemu menerangkan sampai Alya faham maksud mama..
pengalaman adalah guru yang terbaik untuk Alya’ nanti..
mama tak nak Alya terlewat memahami sesuatu tentang kehidupan seperti mama dulu..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Dengarkan kisah mama seterusnya….
Class stand!!!.. good morning teacher!! laungku separuh menguap.. haha..
Serentak dengan itu semua pelajar kelas 4 Cemerlang berdiri mengikut arahanku selaku ‘class monitor’..
“sit down sit down..” arah Teacher Huda sambil mengipas dirinya dengan kertas..
“huh panass.. sorry teacher lambat sket.. penat berkejar ke sana sini..”
Begitulah lagak teacher yang agak berusia namun masih bujang itu. Pagi yang hening lagi dingin bagi kami itu hangat bagi dirinya.. mungkin seawal pagi sudah banyak tugas yang diselesaikannya..
sebenarnya aku kagum.. takjub dengan tugas dan peranan seorang pendidik..
“yang duk belakang-belakang, meh duk dekat-dekat sket, saya tak suka you all tak focus dalam class saya..
Kebiasaannya aku sajalah yang berani duduk berhampiran dengan teacher..
Satu sikap anak bangsaku yang kurang menyenangkan hatiku.. entah mengapa Bahasa Inggeris tidak dapat menembusi kotak pemikiran dan hati mereka.. atas sebab apa? Itulah yang sedang aku fikirkan..
Lantas aku mencuba sedaya upaya menunjukkan contoh kepada rakan-rakanku supaya mereka tahu dan sedar bahawa semua orang boleh menguasai bahasa asing ini..
Aku juga manusia biasa.. orang biasa-biasa.. orang kampung.. aku cuba meyakinkan semua orang.. sekiranya kita berusaha, kita pasti boleh..
~Sekolah Menengah Agama Khairiah-diangkat tarafnya sebagai salah sebuah sekolah elit di Terengganu.. ~
Gah hanya pada nama.. aku kecewa kerana gagal membentuk persepsi mereka sebelum melangkah keluar dari Khairiah..
Aku benar-benar risau..
“Atau mungkin kamu fikir kita pelajar dalam bidang agama, belajar Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Tinggi, Al-Quran dan Al-Sunnah, Syariah Islamiah dan banyak lagi la kalau nak dicakapkan, English tu tak penting la??” English tiada kaitan dengan agama?? Siapa cakap?
“Come on la kawan-kawan.. kita belajar bukan untuk  masa sekarang.. 5, 10, 20 tahun akan datang?”
*kini aku berada pada waktu yang aku mentionkan dulu.. 7 tahun berlalu, kini aku sudah mencecah usia 22 tahun..
…………………………………………………………………………………………………….
Bukan niatku mengagung-agungkan bahasa kaum penjajah, sekadar menerangkan sesuatu yang aku dapati daripada pemerhatianku..
agar bolehlah kiranya serba sedikit membuka mata rakan-rakanku ketika itu.. ketika itu.. ketika itu..
Rakan-rakan termasuk diriku yang akan membentuk satu kelompok masyarakat pada masa akan datang..

                                                              
Rakan-rakan termasuk diriku yang akan berkhidmat sebagai ‘government servant’ pada masa akan datang, insyaAllah..

                                                                      
Rakan-rakan dan diriku yang akan memperjuangkan nasib anak bangsa dan hak asasi manusia suatu hari nanti..

                                                                       
Paling penting, rakan-rakan dan diriku yang semuanya mempunyai tanggungjawab masing-masing sebagai khalifah Allah swt di dunia pinjaman ini.. tanggungjawab sebagai da’ie, menyebarkan lantas menegakkan ad-din..

                                                                  
Mempertahankan sesuatu bukan satu tugas yang mudah berbanding untuk memulakan sesuatu..
Lalu di mana pentingnya kita sebagai umat islam untuk menguasai Bahasa Inggeris?
Teringat kata-kata seorang Ketua Polis Daerah ketika menyampaikan ceramah di sekolahku suatu masa dahulu..
“Untuk menangkap perompak, kita kena jadi perompak.. sebab hanya perompak yang mengetahui tentang perompak…”
frasa ini nampak mudah, dan mungkin terdapat kesalahan yang boleh diperdebatkan, namun cuba kita selami maksudnya secara positif..
benar, seperti diri kita.. kita akan lebih mudah mengesan akibat, menjangkakan sesuatu keadaan mahupun memahami sesuatu itu sekiranya kita pernah mengalaminya..
yang kumaksudkan di sini adalah perihal agama kita..
begitulah perlunya kita menguasai English ini..
supaya nanti kita tidak sewenang-wenangnya dipengaruhi dan diperkotak-katikkan oleh kaum-kaum yang memusuhi Islam..
walaupun mungkin kita tidak mampu untuk berhujah untuk menegakkan agama, sekurang-kurangnya kita mampu menjelaskan..
biar terzahir kebenaran yng mereka selindungkan..
sekurang-kurangnya kita mampu melindungi diri dan keluarga dari dimanipulasi..
at least….
Kuhela nafas panjang…
Kita masih lagi negara yang membeli teknologi.. bukan sepenuhnya mencipta teknologi.. kita masih dalam usaha ke arah itu…
Mungkin di sini kita dapat lihat pentingnya menguasai English untuk bersaing dengan negara-negara maju..
Ku  cuba melontarkan pandangan dari perspektif yang lebih luas.. 
…………………………………………………………………………………………………….
“okay today, we are going to learn our next poem, THE ROAD NOT TAKEN”
Pick out your books, turn to page…………………….…..  49!..
 lama pula teacher membelek bukunya.. mungkin terlupa..
sehingga hari ini, poem ini masih memberikan inspirasi kepadaku.. the simple one.. but it gives a great impact on me..

                                          View Image

~THE ROAD NOT TAKEN~
by: ROBERT FROST
Two roads diverged in a yellow wood
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
P/s: buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup kita… adakalanya kita akan terjerumus dalam dilema.. bila mana kita mempunyai 2 pilihan..
1.pilihan baru yang nampak lebih baik dan membahagiakan pada mata memandang
2.pilihan lama yang sudah lama dipertimbangkan dan diketahui keburukannya
Kebanyakan orang akan memilih pilihan no.1.. tanpa memikirkan bahawa kemungkinan pilihan no.2 itu akan membawa lebih banyak perubahan dan kebahagiaan..
tepuk dada,tanya iman dalam diri..
itulah pilihan hakiki dari hati..
abadi dari Ilahi..
insyaAllah..
JMama Alya’J


1 comment:

  1. sukar untuk buat keputusan.. kadang-kadang takut

    ReplyDelete

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...