14 March 2011

ketika jahiliah..

Assalamualaikum ya ‘Qurratul ‘Ain’,
cahaya mata penyejuk hati mama,
Alya’ Insyirah…
Semoga membesar dalam iman dan takwa kepada Allah swt sayang…
Jadilah mujahidah solehah dan seorang  muslimah sejati ya Alya’.. J
 khalifah Allah swt yang jauh lebih baik dari mama… insyaAllah..
………………………………………………………………………………………………
 “Dan hak Allah menerangkan jalan yang lurus, dan diantaranya ada (jalan) yang menyimpang. Dan jika Dia menghendaki, tentu Dia memberi petunjuk kepada kamu semua (ke jalan yang benar)” ~An-Nahl:9~
“Dialah yang menurunkan air(hujan) dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu mengembalakan ternakanmu.” ~An-Nahl:10~
Bicara hati..
Peringatan demi peringatan…
Sesungguhnya milik Allahlah segala yang ada di langit dan bumi..
Segala yang berlaku adalah di bawah pengawasanNya..
Layakkah kita sebagai hamba mempersoalkan perancangan yang telah ditetapkan sempurna dan terbaik buat kita…
Sesungguhnya Allah swt memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki..
Setiap yang berlaku adalah di atas Qudrat dan ‘IradatNya..
……………………………………………………………………………………………………
Benar..
Aku hambamu ya Rabbi..
frasa yang sering kuulang-ulang, “aku manusia yang tidak pernah terlepas daripada kesilapan”.. namun sering saja aku mengulangi kesilapan yang serupa kerana terlalu berpegang kepada baris ayat itu..
Betul, tidak ada salahnya pada perkataan di atas, yang silapnya aku..
Aku yang tidak pernah kenal erti redha dan mengerti bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. kenapa tidak kusedari hakikat ini sejak dulu lagi?
Adakah silapku juga? Jangan jannah! Fikirkan hikmah di sebalik kejadian..
Sabarlah wahai hati..
Jangan terlalu cepat menyalahkan diri dan keadaan.. yakinlah bahawa semuanya telah diaturkan.. ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..

 “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,”Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? ~Al-Ankabut:2~
“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”    ~Al-Ankabut:3~

Seiring peredaran masa dan peningkatan usia, terlalu banyak yang kupelajari daripada kehidupan ini..
pahit mahupun manis, semuanya indah bila kita kenal erti syukur dan redha.. bila kita faham bahawa hidup di dunia ini tidak selamanya menjanjikan bahagia..
semua yang pahit dan sakit itu perlu kita tempuhi untuk mengejar cinta dan kehidupan kekal abadi di syurga Allah swt…
Subhanallah…. Layakkah aku…..
Setiap kesedaran dari kesilapan demi kesilapan, kekesalan dari kesalahan demi kesalahan yang kita lakukan sesama manusia mahupun kepada Allah, serta makhluk yang diciptakanNya.. mestilah diiringi dengan rasa syukur…
Syukur kerana menjadi insan terpilih..
Terpilih untuk diuji..
Tanda Allah sayangkan kita…
“Maka apakah pantas orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki & memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka jangan engkau (Muhammad)biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mreka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”  (Surah Al-Fatir:8)

Kadang-kadang hati ini tersentuh.. memikirkan hikmah dari setiap yang berlaku sepanjang hayatku selama 22 tahun ini..
tidak sampai setahun, usiaku akan meningkat lagi ke 23 tahun.. makin pendek hayatku di dunia.. dunia pinjaman….
Baru kini kurasai hikmahnya.. hikmah yang sememangnya sentiasa ada selepas setiap kesakitan yang kutempuhi selama ini..
Namun…
Mungkin baru kini kusedari..
Setelah banyak perkara yang berlaku, menyedarkan aku pada satu hakikat bahawa semua yang berlaku adalah perancanganNya..
Bahawa kita tidak boleh menyalahkan kesilapan yang telah kita lakukan..
pandanglah kepada hikmah disebalik kejadian.. kembalilah kepada Allah..
Percaya dan yakin sepenuh hati..
Dan DOA..
Kembali kepada fitrah manusia yang sememangnya memerlukan Allah untuk selamanya “hidup” disisiNya..
Allah suka kepada hambaNya yang meminta dan mengharap hanya kepadaNya..
Nikmatnya apabila kita sedar, tiba suatu saat kita bagaikan tersentak, terjentik hati.. kerana apa yang kita doakan, apa yang kita luahkan kepadaNya mendapat balasan.. bagaikan termakbul secara tidak langsung..
Kadang-kadang Allah memberikan apa yang kita minta bukan dengan kemanisan serta merta..
Indah dan penyayangnya Allah swt..
Dia memberikan sesuatu yang kita pinta berserta dengan hikmahnya sekali..
Mungkin juga kita akan diuji terlebih dahulu..
Dan setelah memikirkan hikmah, itulah sebenarnya apa yang kita minta dalam setiap doa-doa kita..
Alhamdulillah…
Syukur kepadamu ya Allah..
Kuatkanlah hatiku untuk bergantung sepenuhnya kepadamu demi mencapai impianku di dunia mahupun akhirat..
‎Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan.. Barang siapa yang tidak pernah mengalami musibah, maka ia jauh dari kasih sayangNya..
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran..” ~Surah Al-Baqarah:186~

Pengalaman hidup dijalanNya…
Membuahkan sedikit kematangan, berbanding dahulu..
Ketika jahiliahku….









No comments:

Post a Comment

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...