07 March 2011

"Yang Halal.."

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..
Serentak mata kami tertumpu kepada deruman enjin motosikal yang bergerak melewati pagar Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah..

yang menarik perhatian kami bukan pada motorsikal, bukan juga kepada enjin atau bunyinya, tetapi terhadap 2 jasad berlainan spesies yang kelihatan seperti bercantum 1, membonceng motosikal itu.. semakin jauh dan jauh.. meninggalkan kami dengan santapan hati berulamkan kemarahan terpendam melihat maksiat sebiji di depan mata..

 entah ke mana lagi mereka…
Kami saling berpandangan..
Tersenyum.. J

“sabar dik..”
“Kita nak YANG HALAL kan?”

Manis sekali senyuman kakak seniorku mencuit resah di hatiku..

“cukup sekadar kita mencegah dengan hati dik..
“ye kak.. saya menantikan YANG HALAL..
Astaghfirullah.. kuatkan hati-hati kami untuk menjauhi apa yang Engkau benci Ya Allah..
Sesungguhnya mereka sedang mengingkari janji mereka dengan Allah..
mereka terpedaya..

Firman Allah swt dalam surah An-Nur, ayat 21:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan mungkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih ( dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui..”

Tenang tutur kata senior merangkap sahabat serta kakakku dalam mentarbiyah hatiku..
Tanpa jemu…
Suasana petang itu cukup sayu.. ditambah lagi dengan hati ini..
Hati yang pasti akan tersentuh, setiap kali membicarakan tentang CINTA..

Teringat kata-kata seorang SAHABAT..

“LAGI BANYAK KITA MENGECAP KEMANISAN BERCINTA SEBELUM NIKAH,
SEMAKIN HAMBAR  HUBUNGAN KITA SELEPAS NIKAH.. PILIHLAH YANG MANA KITA INGINKAN..”
BERPEGANGLAH PADA PRINSIP..

~“TIADA CINTA SEBELUM NIKAH”~

Ya sahabat.. bercinta selepas akad sememangnya lagi indah…
Bahkan dijanjikan ganjaran oleh Allah swt..
Memandang bukan muhrim dengan rasa kasih sayang dan syahwat menjadi satu dosa sebelum nikah..
Selepas akad, pahala berganda dijanjikan Allah swt..
Bersentuhan bukan muhrim lelaki dan perempuan,apatah lagi melakukan yang haram bagi kedua-duanya tanpa ikatan pernikahan adalah satu dosa besar, na’uzubillahi min zaalik..
Tetapi semuanya merupakan ibadah setelah bernikah..
Begitu tinggi Allah mengangkat darjat cinta selepas nikah..

Cinta suami isteri…

MasyaAllah..
Moga bertambah ketakwaan kita kepadaNya..
Terima kasih ya Allah..
Tuhan  Yang Maha Penyayang…
“doakan saya kak…”
“insyaAllah… akak pun nak minta adik,ingatkan akak bila akak terlalai..
kadang-kadang kita tak mampu nak kawal diri kita..”
“kita saling mengingati kak.. akak lebih berpengalaman berbanding saya..”

“Ada hikmahnya kita menemani Kasturi ke PPUM tadi kan kak?”

Mengimbas kembali kejadian petang itu, seorang rakan berbangsa india dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana jatuh tangga.. tergelincir katanya..

Lantas atas dasar kemanusiaan,kami (aku&kakak) menemaninya ke sana untuk memudahkan urusan pendaftaran dan sebagainya..

“Kita ke sana sampai terlepas waktu makan di dewan makan, then kita datang sini mengisi perut.. J
Order satu hidangan,, takut membazir kata kakak..
Maka berkongsilah kami sepinggan nasi goreng ikan masin, berulamkan tarbiyah hati di akhir senja itu…

Mendongak ke langit merah nan indah… sambil anak mata mengekori burung-burung pulang ke sarang…
Kami?
Tersadai di Kafe Sahur dengan penuh hikmah,, hehe…. Kekenyangan..
Haha…
“Hmmm… basah jugak hati saya dengan tarbiyah dan peringatan dari Allah..”
Jauh di sudut hati…..
Sabar menunggu YANG HALAL buatku...
Ya Allah,
Kau kuatkanlah keimanan dan cinta kami kepadaMu,
agar bertambah rasa cinta antara kami…
hanya Engkau, Tuhan yang mengetahui segala isi hati…

p/s: sama-sama kita nikmati kemanisan cinta selepas nikah….




No comments:

Post a Comment

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...