22 March 2011

Sudikah Kau Nanti..??

Satu ketika kau bertanya..

isteriku,
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

isteriku,
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

isteriku,
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya

isteriku,
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

isteriku,
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu datang
air mataku ada yang menghapuskan..

isteriku,
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jalan yg benar

isteriku,
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)

isteriku,
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu
tanpa rasa ragu..

isteriku,
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..

imamku,
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?

imamku,
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai imamku?

Sudikah kau nanti?

No comments:

Post a Comment

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...