20 March 2011

~mana bukti cinta~

Selamat pagi dunia..
Jam di handphoneku menunjukkan tepat pukul 8.59 pagi.. pagi Ahad yang agak meruntun jiwaku..
Ada sesuatu yang ‘tidak lepas’..
Buat insan teristimewa, Alya’Insyirah…
Ambillah pengajaran dari kisah mama..
Cintailah ALLAH lebih dari segala-galanya..
Benar… dalam menyatakan perasaan sayang dan cinta kita kepada Allah swt, kita pasti diuji..
~Ujian yang bukan sebarang ujian~
JANGAN MUDAH TEWAS DENGAN MUSUH KITA….
………………………………………………………………………………………………
Selesai solat isyak, hati tiba-tiba rindu untuk berjumpa Dia lagi.. banyak keresahan di hati ingin kuluahkan.. suara-suara hati yang tidak mampu difahami oleh hati-hati manusia..
kutahan mutiara jernih yang bergenang di kelopak mata sehingga ke lafaz terakhir sesi berdialog denganNya..
sesungguhnya doa itu satu kekuatan kepada sekeping hati di dalam tubuhku ini.. hati yang sering saja diuji..
Sengaja ku “ponteng” berjemaah untuk solat isyak di surau malam tadi.. niat dihati ingin berdialog denganMu sendiri-sendiri… ingin meluahkan segalanya “personally”..
aku ingat lagi Ya Rabbi… bagaimana ketika itu dengan penuh azam meminta agar diri ini diberi peluang untuk berbicara denganMu tanpa hijab wahai Kekasih Yang Satu… tapi aku gagal…
kuimbas kembali…
…………………………………………………………………………………………………..
Adakah setelah gagal meraih cinta manusia baru kita merasa rindu kepada Allah swt…??
Astaghfirullahal’aziim….
Bangun saja dari sejadah,, ku geledah kotak buku di bawah meja studyku..
Roomateku kehairanan melihat gelagatku..
“Cari harta karun??” tanyanya..
“hahaha, cari buku la.. entah mana aku letak..” walaupun sudah kupasti, buku itu memang di situ..
Satu rutin kepadaku, setiap kali berniat untuk berdating cinta denganNya, akan kuselak buku-buku rujukan tentang solat-solat sunat..
Walaupun sememangnya tidak asing lagi semua itu, tetapi aku ingin melakukan sesuatu yang aku yakin dan pasti.. agar tercapai maksudku untuk menemuiMu…
aku bimbang aku terlupa.. maka cacatlah segalanya.. bukan untuk menjadi sempurna, cukuplah sekadar lengkap rukun dan syaratnya..
aku bersyukur diberi keringanan dihati ini untuk mencari jalanMu  ya Allah..
terkadang aku juga malas.. kehendak musuh yang nyata diikut-ikut.. apa aku dapat? Kebahagiaan dan ketenangan semakin menjauhi..
bukan berniat untuk membuka aib sendiri, sekadar ingatan kepada hati..
p/s: berusahalah untuk lulus dalam ujianNya.. Dia cuma menguji.. Dia cuma menguji… Dia cuma menguji…
………………………………………………………………………………………………
Selepas solat sunat witir, aku langsung tidur..
Beralaskan selimut, berselimutkan kain batik.. sudah sekian lama aku ‘merempat’ dia atas simen untuk tidur.. tilamku di tingkat atas sudah lama tidak kunikmati.. J
Aku ‘set’ kan  alarm clock tepat jam 4pagi..
Lantas kuberbaring…
Terasa satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..
Beberapa detik setelah itu,, ~terlena dengan 1 azam~
……………………………………………………………………………………………
Tepat jam 3.30pagi..
Di sini bermula satu cerita..
“terima kasih ya Allah, Engkau bangunkan aku dengan sendirinya tanpa alarm clock pun.. Subhanallah..
Mungkin inilah waktu yang sesuai bagiMu untuk aku bangun berbicara denganMu..
Alhamdulillah.. Engkau mengizinkanku..
Tetapi awal pagi itu…… L
“tidur…. Tidur lagi…. Matamu mengantuk lagi…. Tubuhmu ingin berehat lagi… jangan bimbang… pukul 4 alarm clock akan berbunyi lagi…. Masa itu sajalah nanti kau bangun berjumpa Tuhanmu…. Tidurlah… aku selesa menyelimutimu sehingga pagi….tidurlah……. tidur lagi….”
Lantas sepasang mata ini kupejam lagi..

Firman Allah swt dalam Surah Al-A’raf ayat 12-16:
“Allah berfirman, “Apakah yang menghalangimu  sehingga kamu tidak sujud kepada Adam ketika aku menyuruhmu? Iblis menjawab, “Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah’’
“Allah berfirman, “Maka turunlah kamu dari Syurga,kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk golongan yang hina.’’
Iblis menjawab, “Berilah aku penangguhan waktu, sampai hari mereka dibangkitkan’’
Allah berfirman, “Benar, kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu.’’
Iblis menjawab, “kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus.’’
AKU GAGAL…
Sedangkan aku telah nekad…. Sungguh-sungguh ingin bertemuMu……. Tapi kali ini aku gagal..
Allah cuma menguji aku sedikit saja… tapi aku gagal..aku fail…
Kekecewaan ini tidak dapat kuluahkan…
…………………………………………………………………………………………………..
“na.. na.. nak breakfast?” tanyaku pada roomate..
Mamai.. mungkin dia penat.. kubiarkan dia menyambung tidur..
“syifa’ nak gi breakfast?”
“jom..! tapi syifa nak siap-siap jap.. nak keluar jap lagi..”
“Okey jannah tunggu..”
*bukan itu yang ingin kuceritakan,, bukan kisahku di bilik C117..
Tetapi hati ini…
Perut sudah terisi.. kenyang dengan nasi lemak masakan mak cik DM..
Alhamdulillah..
Tapi hati ini..
Terpendam di satu sudut memori dan hati…
Sesalan yang tiada gunanya lagi..
Bagiku..
Ini bukan sembarangan ujian..
Ujian yang menuntut bukti kesungguhan cinta kepadaNya..
Walaupun betul-betul aku inginkan…
Aku tetap gagal…
p/s: keinginanku masih belum bernoktah..
Ya Ilahi…
kuatkanlah hati ini untuk terus mencintaiMu..

No comments:

Post a Comment

The mOment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...